Mane janji hadiahkan Salah singa

- Advertisement -
LONDON: Sadio Mane dan Mohamed Salah tidak dinafikan peledak paling berbisa Liverpool musim ini dan kedua-duanya saling memikirkan jalan untuk meningkatkan motivasi menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Tottenham, hujung minggu ini.
Dengan kedua-duanya tidak memiliki kekangan kewangan, penyerang Senegal, Mane dilaporkan memberitahu Salah jika dia merobek gawang Spurs, ‘Raja Mesir’ itu perlu membawanya ke masjid terkenal di Mesir, Al-Azhar.
Tetapi jika dia menjaringkan gol, hadiah yang akan diberikan kepada Salah ialah binatang peliharaan baharu.
“Saya memberitahu Mo Salah jika dia menjaringkan gol di final Liga Juara-Juara, dia akan membawa saya melawat Al-Azhar di Mesir,” kata Mane memetik laporan ourafricanfootball.com.
“Dan jika saya menjaringkan gol, saya akan memberikannya singa sebagai hadiah.”
Sane dan Salah terdesak untuk memburu gol di pentas final kerana kedua-duanya berkongsi anugerah Kasut Emas Liga Perdana bersama penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.
Roberto Firmino, Salah dan Mane masing-masing sudah meledak empat gol dalam saingan elit bola sepak Eropah itu musim ini dan mereka memerlukan lapan gol untuk mengatasi Lionel Messi sebagai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara semusim. – AGENSI