08

CYBERJAYA: Pelanggan pelan pascabayar unifi Mobile kini boleh menikmati kuota berganda bagi data Evolusi Jangka Panjang (LTE), panggilan dan SMS apabila membeli pas tambah nilai Kuota Berganda.

Tawaran masa terhad itu terbuka kepada semua pelanggan pelan Pascabayar unifi Mobile 59 dan unifi Mobile 39 yang baharu dan sedia ada.

Pas Kuota Berganda itu boleh dibeli pada harga RM8 menerusi aplikasi dan portal unifi Mobile self-care.

Pelanggan pelan unifi Mobile 99 pula akan dapat menikmati kuota berganda pas LTE hotspot sehingga 20GB secara percuma untuk dua bulan.

Promosi kuota berganda ini boleh didapati mulai semalam hingga 30 Jun ini.

Naib Presiden Telekom Malaysia Bhd (TM) Selangor, Datuk Zuraidah Mohd Said, berkata pelanggan hari ini menikmati kandungan kebanyakannya menerusi peranti mudah alih mereka sama ada untuk berhibur mahupun untuk tugasan kerja.

“Sempena bulan perayaan yang akan datang, kami memberikan lebih data kepada pelanggan supaya mereka boleh merakam dan berkongsi memori terindah atau menggunakan data tambahan ini untuk terus berhubung dengan yang tersayang,” katanya pada majlis pengumuman #khabarbaik TM di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar TM MSC, Kamaludin Mohsin; Pengurus Besar TM Petaling Jaya, Hamidun Ismail; dan Pengurus Besar TM Kuala Lumpur, Noor Lela Baba.

Zuraidah berkata, ia mencerminkan usaha berterusan TM untuk membawakan pengalaman yang dipertingkatkan kepada semua pelanggan, sekali gus memastikan mereka menikmati internet mudah alih pantas yang lancar, biarpun ketika mereka tidak berada di rumah.

Awal bulan ini, unifi melancarkan pelan terbaharunya unifi 300Mbps yang didatangkan dengan set Kotak Media, Pek Ultimate unifi TV dan baucer filem Video Atas Permintaan (VOD) percuma setiap bulan untuk pelanggan kediaman yang baharu dan sedia ada.

Pelan unifi 300Mbps itu menawarkan pakej lengkap termasuklah Pek Ultimate unifi TV dalam kualiti Definisi Tinggi (HD), 100 filem Blokbuster percuma menerusi set Kotak Media dan aplikasi PlayTV (sehingga dua peranti), semuanya dibawakan menerusi unifi berkepantasan 300Mbps.

Pelan itu juga didatangkan dengan 600 minit masa berbual percuma ke semua talian mudah alih dan talian tetap seluruh negara; semua ini hanya pada harga RM199 setiap bulan.

Pelanggan juga boleh menikmati caj langganan percuma selama sebulan, apabila mereka mendaftar pelan unifi 300Mbps secata dalam talian di unifi.com.my, dari sekarang hingga 2 Julai ini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.