12

NEW YORK: Saham teknologi menerajui kenaikan di Wall Street, ketika mana data inflasi Amerika Syarikat (AS) terkawal dan minit mesyuarat Rizab Persekutuan Mac yang tidak mengejutkan.

Dow memasuki wilayah positif sebelum loceng penutup.

Tiga indeks utama AS tidak berubah selepas Rizab Persekutuan mengeluarkan minit mesyuaratnya, yang mengesahkan pendirian bank pusat berhubung dasar monetari pada masa depan.

Dow Jones Industrial Average menokok 6.58 mata, atau 0.03 peratus kepada 26,157.16.

S&P 500 naik 10.01 mata, atau 0.35 peratus kepada 2,888.21.

Nasdaq Composite menambah 54.97 mata atau 0.69 peratus kepada 7,964.24.

Daripada 11 sektor utama dalam S&P 500, lapan mengakhiri sesi itu dalam wilayah positif.

Boeing Co menarik turun sektor perindustrian berikutan sahamnya terus merosot, ditutup 1.1 peratus lebih rendah.

Sejumlah 6.15 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.20 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. – Reuters

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.