08

Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed, berkata perkenalan kepada teknologi itu adalah sebahagian daripada usaha memperkenalkan teknologi 5G di Malaysia daripada unifi.

Katanya, projek pembangunan teknologi itu yang bermula suku keempat tahun lalu, kini sudah memasuki fasa komersial di SetiaWalk Puchong yang terdiri daripada blok kediaman, pusat beli-belah dan pejabat.

“Rangkaian pra-5G TDD mampu menawarkan kapasiti yang lebih besar sehingga 500 megabait sesaat (Mbps), iaitu dua kali ganda daripada tawaran teknologi 4G.

“Ini sekali gus meletakkan kami selangkah ke hadapan dalam menawarkan perkhidmatan dan pengalaman lebih baik kepada pengguna menerusi segmen tanpa wayar, malah teknologi ini juga mendekatkan lagi usaha kami ke arah memperkenalkan teknologi 5G,” katanya pada penganjuran sesi #khabarbaik Unifi 2.0, di sini, hari ini.

Moharmustaqeem berkata, kemampuan pra-5G TDD juga membolehkan syarikat meluaskan kebolehcapaian pelanggan khususnya di kawasan yang tidak boleh dicapai sebelum ini.

“Teknokogi ini adalah untuk menambah baik perkhidmatan tanpa wayar unifi, terutama di kawasan penembusan jalur lebar tetap yang rendah seperti kawasan perumahan padat atau bangunan tinggi, bagi menawarkan akses internet tanpa wayar lebih baik di rumah dan ‘on-the-go’ di sekitar kawasan liputan LTE terbabit.

“Projek ini juga diyakini akan mengatasi pelbagai cabaran inrastruktur di kawasan tanpa liputan fiber, menawarkan, menawarkan kelajuan yang dipertingkat sehingga 30Mbps melalui jalur lebar tanpa wayar dan juga 80Mbps,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan teknologi terbaru itu buat masa ini hanya terhad di kawasan SetiaWalk Puchong dan peluasannya bergantung kepada permintaan pelanggan di kawasan lain.

“Perkhidmatan ini akan mula ditawarkan di kawasan SetiaWalk bermula 7 April ini. Perancangan untuk menentukan kawasan seterusnya bagi pembinaan teknologi ini akan bergantung kepada jumlah permintaan di kawasan-kawasan terbabit,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.