04.jpg

Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand atau lebih dikenali sebagai Sarah Hildebrand (lahir 18 Ogos 1990)[a] ialah seorang model, personaliti fesyen, pengacara dan pelakon wanita Malaysia dari keturunan Amerika, Jerman dan Melayu. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2015, dengan beberapa peranan kecil di televisyen dan filem. Beliau juga muncul dalam beberapa majalah termasuk InTrend, EH! dan Hijabista. Beliau secara rasminya telah bertudung penuh pada hujung 2015.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki darah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.

Kerjaya

Hildebrand merupakan pemenang bagi Gadis M2 pada 2013. Beliau membuat kemunculan di iklan televisyen dan muzik video, dan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan menerusi telefilem Hujan Pagi, sebagai Ati.

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne dan Hefny Sahad dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Shila.

Sarah juga ialah salah seorang dari pelakon utama drama adaptasi novel, Pujaan Hati Kanda, memegang watak sebagai Nadine.

Kehidupan peribadi

Hildebrand sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pengacara TV, Nabil Mahir. Pada Februari 2019, Mereka mengumumkan perpisahan mereka selepas lima tahun bersama.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.