03.jpg

Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syatilla Melvin (lahir 8 Februari 1991) merupakan seorang pelakon wanita dan model Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Beliau aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu.

Syatilla merupakan adik ipar kepada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.

Kehidupan awal

Syatilla dilahirkan pada 8 Februari 1991 dan berasal dari Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik, bapanya berketurunan Jepun manakala ibunya berketurunan Melayu. Kakak sulungnya ialah Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Adiknya, Syifa Melvin juga bergiat aktif dalam bidang pemodelan dan lakonan.

Kerjaya

Syatilla Melvin memulakan kerjaya awalnya sebagai model apabila menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi, Ramona Zamzam dan Anzalna Nasir. Beliau kemudiannya terjun ke bidang lakonan pada 2012 dan berlakon dalam beberapa telefilem dan drama Melayu. Drama pertama lakonannya ialah BFF (Best Friends Forever) yang disiarkan di TV3 pada tahun yang sama.

Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam sebarang iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Selepas berlakon dalam BFF, beliau berlakon dalam beberapa lagi drama dan telefilem, antaranya ialah Dalam Setiap Sujud, Rindu Bertamu di Abu Dhabi, Kalau Bukan Aku dan Rentas Samudera.

Kehidupan peribadi

Dengan hanya sekali lafaz, Syatilla dan pasangannya, pelakon Shaheizy Sam selamat diijabkabul pada 8 Februari 2016, yang jatuh kepada ulang tahun kelahirannya ke-25. Majlis resepsi pengantin perempuan telah diadakan pada 9 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Villa manakala resepsi pengantin lelaki akan diadakan pada 14 Februari 2016 di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.