Selebriti Malaysia- Wawa Zainal

- Advertisement -
Wawa Zainal (dilahirkan sebagai Nur Hawa binti Zainal Abidin; 12 Mac 1991) merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik. Beliau telah berkahwin dengan pelakon Suhairil Sunari ataupun lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.
Kerjaya
Sepupu Wawa iaitu Faris Hadzir adalah seorang bekas gitaris kumpulan Bunkface. Beliau menyerlahkan bakatnya dalam dunia peragaan sejak berusia 12 tahun. Beliau telah pertama kali berlakon dalam drama bersiri Ana Lulu Selain itu, beliau juga merupakan artis naungan syarikat Metrowealth (MIG) bersama-sama pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.
Kehidupan peribadi
Wawa telah berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel secara rahsia dan dikurniakan seorang anak lelaki. Wawa Zainal dan Aeril akan melangsungkan persandingan di Dewan Sri kenangan MPSP Sungai Petani, Kedah pada 31/1/2015.