MITI amalkan ketelusan penuh berkaitan AP terbuka – syarat lebih ketat, hanya untuk syarikat yang layak

0

21.jpg

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan rasmi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming, beliau menyatakan MITI ingin mengamalkan ketelusan sepenuhnya dalam hak berkaitan AP terbuka (Open Approved Permit) bagi kereta dan motosikal.

Sebelum ini, amalan pengeluaran AP hanya diberikan sekada sekumpulan kecil individu dan syarikat yang kemudiannya menjual AP berkenaan kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan segera. Hal ini telah menyebabkan timbulnya cadangan agar amalan AP ini dihapuskan.

Namun, tindakan itu tidak adil kepada usahawan bumiputra lain yang berusaha bersungguh-sungguh menggunakan saluran yang betul. Sebagai langkah untuk memperkemaskan agihan AP ini kepada mereka yang benar-benar layak sahaja, MITI mengeluarkan garis panduan yang lebih ketat untuk menjadikan amalan AP ini telus sepenuhnya – bagi syarikat-syarikat sedia ada mahupun syarikat baru yang ingin memohon AP bermula 2019 – seperti berikut:

Syarikat 100% milik bumiputra berdasarkan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Perlu membayar pendahuluan kapital sekurang-kurangnya RM1 juta

Perlu memiliki pengalaman paling kurang dua tahun dalam menjual dan mengedar kenderaan bermotor

Perlu untuk tidak mempunyai pengarah/pemegang saham/pengurusan yang mempunyai saham atau kepentingan dalam syarikat lain yang juga merupakan pemegang AP terbuka

Mempunyai minimu lima pekerja sepenuh masa dalam pengurusan syarikat, pemasaran dan jabatan teknikal

Perlu memiliki bilik pameran dan pejabat yang sesuai

Perlu memiliki keupayaan pengurusan dan kewangan untuk beroperasi dalam perniagaan menjual kenderaan import melalui AP terbuka

22

Dan, sekiranya sesebuah syarikat telah dianugerahkan AP, mereka kemudiannya perlu mematuhi keperluan tambahan seperti berikut:

Sebarang perubahan dalam pegangan kepentingan dan barisan pengarah mana-mana syarikat perlu mendapatkan kelulusan MITI sebelum boleh dilaksanakan

Tiada penglibatan orang tengah atau syarikat perantara yang menjual kenderaan AP terbuka ini

Pembukaan cawangan baru untuk menjual kenderaan AP mesti mendapat kelulusan MITI

Kenderaan perlu dipamer atau disimpan di premis yang diluluskan oleh MITI

Dokumen mengimport (Bill of Lading/Airway Bill) tidak boleh melebihi tempoh sebulan dari tarikh syarikat tersebut seperti di dalam borang permohonan dan kelulusan MITI
Syarikat perlu menghantar laporan mengimport atau jualan serta rekod inventori mereka kepada MITI sebelum 10hb setiap bulan

AP yang dikeluarkan perlu digunakan dalam tahun yang sama ia dikeluarkan, sebelum 31 Disember setiap tahun

Syarikat perlu menyediakan jaminan sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai perjanjian dengan OEM untuk menyediakan khidmat lepas jualan

Menurut kenyataan itu lagi, selepas mempertimbangkan permohonan ketat dan syarat-syarat kelulusannya, hanya 164 daripada 282 permohonan diluluskan oleh MITI.

Daripada jumlah 164 yang diluluskan ini, 128 adalah syarikat sedia ada dan 36 merupakan syarikat baru yang belum pernah menerima AP. Daripada 109 permohonan dari syarikat baru, hanya sejumlah 36 syarikat sahaja yang diluluskan.

Selepas ini, walaupun tiada lagi had maksimum AP yang akan dikeluarkan setiap tahun, ia bagaimanapun tetap ada had jumlah AP yang boleh diperoleh oleh sesebuah syarikat. Sebagai contoh, bagi syarikat baru yang belum pernah mendapatkan AP sebelum ini dan telah membayar pendahuluan kapital RM1 juta, maksimum AP bagi kenderaan penumpang yang boleh mereka peroleh ialah 60 bagi setiap syarikat – mereka perlu membuktikan kemampuan kewangan dan jualan bagi tahun pertama sebelum jumlah itu ditambah kemudiannya.

Bagi syarikat sedia ada yang telah membayar pendahuluan kapital sebanyak RM2 juta, RM3 juta dan RM4 juta pula, jumlah AP yang boleh diperoleh ialah masing-masing 120, 180 dan 240. Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan bagi tempoh dua tahun terakhir ini tidak melebihi angka 30,000. Ia mewakili kira-kira 4.3% dan 5.3% keseluruhan jualan kenderaan penumpang bagi tahun 2017 dan 2018.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: