Tempat Menarik Kuala Selangor – Jika dulu korang ke Kuala Selangor tak ada apa yang istimewa jika adapun ianya masih tersembunyi, tapi sekarang Kuala Selangor dah banyak perubahan. Seronoknya berada di tempat menarik daerah Kuala Selangor ni kerana ada bermacam-macam tempat menarik yang unik boleh korang terokai.

Tempat Menarik Kuala Selangor mejadi tumpuan bagi ibubapa yang ingin mengajar anak-anak mereka erti kehidupan seorang nelayan, kegigihan kehidupan seorang pesawah di samping mendedahkan anak-anak dengan makanan-makanan eksotik yang hanya disaksikan di TV dan sangat sukar di temui seperti mentarang, landak, pelanduk rusa dan banyak lagi.

Tempat Menarik Kuala Selangor

Antara peninggalan sejarah di Bukit Malawati:

Meriam Meletup – meriam ini dikatakan pernah dua kali meletup dengan sendirinya pada tahun 1960 dan tahun 1975 dan diceritakan pokok-pokok di sejitar jalan Kuala Selangor terbakar hangus.

Batu Hampar – Batu ini dikatakan tempat menghukum seorang dayang yang melakukan zina dan darahnya disimbahkan sekitar kawasan bukit, sehingga ini terdapat 5 batang pokok sena yang mempunyai getah berwarna merah seperti darah.

Banyak lagi tinggalan sejarah yang harus anda ketahui, untuk lebih jelas pek pakaian anda dan mulakan perjalanan anda ke Tempat Menarik Kuala Selangor Bukit Malawati untuk melihat sendiri sebelum ianya hapus ditelan kemodenan zaman.

113.jpg

Tempat Menarik Kuala Selangor Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor – Tidak ramai yang tahu rupa-rupanya di Kuala Selangor terdapat pusat pemeliharaan ikan air tawar dari sepsis ikan yang diambil dari sekitar daerah Kuala Selangor. Terdapat lebih dari 1,500 ikan dari lebih 60 spesis seperti ikan kelisa (Arowana), ikan keli, ikan belida, ikan toman, ikan kelah, ikan lampam dan banyak lagi.

Dipamerkan juga peralatan menangkap ikan air tawar separti bubu udang, bubu daun, bubu saadah, raga tok, raga batang dan serkap.

114.jpg

Tempat Menarik Kuala Selangor Pantai Remis Sungai Sembilang – Sukakan suasana tepi laut? Pantai Remis Sungai Sembilang telah dibangunkan sedemikian rupa. Terdapat banyak tempat menarik untuk makan-makan dibina di sini. Korang juga boleh menginap di Haja Homestay Best Homestay Kuala Selangor di sini.

Jika inginkan kelainan korang boleh menyewa The Kabin Pantai Remis Kuala Selangor, homestay yang dibuat dari kabin.

Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia
Smartphone: +6017-678 3825 / +603 3264 0578
Email: info@thekabin.com.my

Terdapat beberapa medan ikan bakar yang sentiasa dipenuhi oleh pengunjung pada setiap malam untuk menikmati makanan-makanan yang sedap-sedap.

115.jpg

Kelip-kelip Kampung Kuantan – Pastinya menarik melihat sendiri dari dekat jutaan kelip-kelip menerangi di sepanjang sungai Kampung Kuantan. Korang perlu menyewa sampan dengan bayaran sebanyak RM53 bagi setiap bot dengan muatan penumpang seramai 4 orang.

Kawasan ini memang gelap dan tentu saja ada nyamuk dan serangga lain, pakailah pakaian yang sesuai dan bawalah peralatan yang patut untuk melindungi diri dari serangga atau binatang lain.

Tempat menarik negeri Selangor ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak. Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung di samping melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.

Tempahan & Pertanyaan
Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-

Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

E-mail : ydp@mdks.gov.my / sumd@mdks.gov.my / msaad@mdks.gov.my
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101

Kadar Bayaran sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang) RM53

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.