78

- Advertisement -

LONDON: Bekas bintang Manchester United, David Beckham meredakan tekanan buat Ole Gunnar Solskjaer dan menyokong bekas rakan sepasukannya itu mampu mengembalikan kegemilangan Red Devils.

Beckham dan Solskjaer berkongsi padang yang sama ketika United mengharungi salah satu tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab itu tatkala kedua-duanya kini boleh dilabel legenda.

Paling diingati adalah ketika United menjulang Liga Juara-Juara dengan menewaskan Bayern Munich 2-1 pada 1999 selain menjulang lebih lima gelaran Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Solskjaer kini mengemudi kelab itu sebagai pengurus sementara sejak pemecatan Jose Mourinho tetapi selepas melakukan kebangkitan menakjubkan di Liga Juara-Juara, United mengharungi kemerosotan dalam kempen domestik.

Selepas tewas kepada Arsenal dalam saingan liga, United tersingkir dalam kancah Piala FA, awal pagi tadi tetapi Beckham percaya dengan kemampuan pengurus dari Norway itu.

“Ole baru saja tiba. Dia mendapat penghormatan daripada pemain kerana dia sudah melakukannya. Dia pernah berada di sana di pentas tertinggi dan menang, dia sudah merasai kejayaan,” kata bekas pemain tengah England itu.

“Sebagai pengurus, dia melakukannya dengan cara yang mata, cara yang bukan saja memperoleh rasa hormat daripada pemain muda tetapi daripada yang lama juga.

“Mendapat skongan daripada bos (Ferguson) juga membantunya dan memberinya keyakinan. Apabila kamu memperoleh keputusan seperti yang diperolehnya, ia hebat.

“Untuk melihat seseorang yang arif mengenai kelab, memahami kelab, datang dan melakukannya dengan baik seperti yang dilakukannya sekarang… Apa yang dilakukannya sekarang membuatkan rakan sepasukannya amat bangga. Ia mengujakan.”

Solskjaer begitupun berdepan satu lagi tamparan apabila tewas 2-1 kepada Wolves, awal pagi tadi yang menjadi kekalahan ketiganya sejak mengambil alih tugas pada Disember tahun lalu.

United kembali beraksi dalam kempen Liga Perdana pada 30 Mac ini di Old Trafford menentang Watford sebelum menanti kunjungan Barcelona bagi aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara pada 11 April di gelanggang sama. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d