04.jpg

- Advertisement -

Aishah Jennifer Mohamed Sinclair (lahir 27 Oktober 1980) atau lebih dikenali sebagai Aishah Sinclair ialah seorang pengacara televisyen, model dan juga pelakon wanita Malaysia. Kini beliau mengacarakan rancangan The Mix Breakfast With Aishah, Rod and Prem di stesen radio MIX.

Biografi

Aishah dilahirkan pada 27 Oktober 1980 kepada bapanya Mohamed Sinclair dan Khadijah. Beliau juga mempunyai seorang abang Ashraf (kini berkahwin dengan Bunga Citra Lestari) dan seorang adik, Adam (kini berkahwin dengan Yuna). Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) daripada Universiti Teknologi MARA dan merupakan pelajar terbaik bagi jurusan Perhubungan Awam.

Aishah memulakan kerjayanya dengan terlibat dengan pengiklanan, bermula dengan iklan Pepsi pada tahun 1998 dan kemudiannya menerokai rancangan televisyen melalui tugas mengacara Pilates (Astro), Life Traits (RTM), Voice Your Choice (8TV), dan Rock Unite (ntv7). Beliau menyertai Quickie pada lewat tahun 2006.

Selain itu Aishah juga muncul sebagai pelakon tetamu dalam siri televisyen Gol & Gincu The Series dan Bujang Senang.

Kini beliau bersuamikan Sheikh Abdul Shahnaz sejak Januari 2006.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: