03.jpg

- Advertisement -

Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih dikenali sebagai Dayang Nurfaizah (lahir 20 Julai 1981) ialah antara penyanyi wanita yang paling berpengaruh pada dekad 00-an di Malaysia. Memulakan kerjaynya pada usia 18 tahun, Dayang sudahpun mencapai status terbaik dalam arena seni suara dengan menghasilkan 7 buah album studio dan meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Nama beliau sebaris dengan penyanyi wanita seangkatan seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim dan Jaclyn Victor.

2011–kini: Sayang & Cahaya

Pada tahun 2011, Dayang melancarkan album studio ketujuhnya berjudul Sayang & Cahaya pada 2 Mei. Ia merupakan album kedua yang diterbitkan sendiri oleh syarikat DNAD sendiri manakala ia tidak lagi dipasarkan oleh NSR sebaliknya Dayang menyerahkan hak edaran kepada Universal Music. Sebelum itu Dayang berkolaborasi bersama Alibi Music menghasilkan dua buah single pengenalan iaitu Sayang dan Ku Temu Cahaya. Lagu Sayang menyaksikan Dayang berduet bersama penyanyi Indonesia Marcell. Lagu tersebut berjaya mara ke pencalonan Anugerah Planet Muzik 2011 untuk kategori Duo/Kolaborasi Terbaik. Di samping single terbaru berjudul Saat Itu, Dayang juga berkolaborasi bersama penyanyi veteran Ramli Sarip dalam lagu Musafir Rindu dalam album penyanyi tersebut juga bersama penyanyi Indonesia Harvey Malaiholo dalam lagu rakaman semula Gerimis Mengundang untuk projek filem usahasama Malaysia-Indonesia.

Lebih sedekad berada dalam bidang seni suara nama Dayang Nurfaizah menjadi sebuah jenama yang kukuh dengan jualan album keseluruhan mencecah 200,000 unit sekaligus menjadikan beliau sebagai salah seorang artis wanita terlaris dekad 00-an. Pelbagai kejayaan sudahpun diraih oleh penyanyi yang digelar sebagai Diva R&B Alaf Baru ini. Ternyata bukan mudah untuk Dayang mencapai kedudukan selesa kini, di saat rakan penyanyi seangkatan mula beransur hilang nama beliau masih kukuh dan diminati ramai. Dayang mempunyai pengikut tersendiri dan tidak mustahil suara Dayang akan terus berkumandang selama mungkin.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: