Chelsea nyaris dibaham Wolves

- Advertisement -
LONDON: Gol lewat permainan Eden Hazard memastikan satu mata buat Chelsea dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris dengan Wolverhampton Wanderers di Stamford Bridge sebentar tadi.
Raul Jimenez meletakkan pelawat di depan pada minit ke-57 pada percubaan pertama daripada dua peluang yang hadir buat pasukannya sepanjang permainan, namun rembatan minit ke-92 Hazard memastikan Chelsea yang bersaing merebut tempat dalam kelompok empat teratas tidak berputih mata.
Chelsea dikejutkan di awal babak kedua apabila gandingan Jimenez dan Diogo Jota berjaya menembusi benteng tuan rumah sebelum pemain Portugal itu mengumpan bola yang mudah disudahkan Jimenez.
Penjaga gol Wolves, Rui Patricio bertindak cemerlang menafikan percubaan Gonzalo Higuain dan Willian di minit-minit akhir permainan. Chelsea mempunyai 22 percubaan berbanding hanya dua oleh pelawat, dan turut menguasai 76 peratus permainan.
Keputusan seri itu meletakkan Chelsea di tangga keenam, berkongsi mata dengan Arsenal dan di belakang Manchester United yang masing-masing akan bertembung sebentar lagi. – Reuters