10 Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur & Selangor. Sesuai Untuk Famili!

- Advertisement -
Setiap kali tiba musim cuti sekolah, tentu kita akan merancang untuk pergi bawa keluarga bercuti. Setidak-tidaknya, cukuplah dengan keluar berjalan-jalan walaupun setengah hari.
Kini, terdapat pelbagai tarikan baru dan tempat menarik di Kuala Lumpur dan sekitar Selangor yang boleh anda singgah. Tak perlu pergi jauh!
10 TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR & SELANGOR
Berikut disenaraikan 10 tempat menarik di Kuala Lumpur dan juga Selangor yang boleh anda kunjungi bersama anak-anak mahupun rakan-rakan.
1. DISTRICT 21
District 21 adalah tarikan seisi keluarga yang sangat menarik dan mengujakan adrenaline. Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, taman rekreasi ini terletak di dalam IOI City Mall, Putrajaya.
Ia boleh dikatakan playground ala Fear Factor yang bukan saja menarik buat anak-anak, tetapi juga remaja, ibu bapa, atau sesiapa saja yang sukakan aktiviti lasak. Antara halangan yang terdapat dalam District 21 termasuklah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider.
Kalau ibu bapa ada anak kecil, jangan risau kerana tetap ada kawasan khusus yang disediakan untuk anak kecil. Jadi, sementara menunggu abang dan kakak bermain di bahagian yang lebih mencabar, anda boleh bawa anak yang lebih kecil bermain di mini playground atau caraousel yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 12tghri – 8mmlm, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10pg – 8mlm
Harga Tiket: Pas Aktif: RM58 (Hari biasa) / RM75 (Hari cuti), Pas Tidak Aktif: RM10
Alamat: AT-6, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor.
Laman Web: http://www.district21.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/pg/district21park/
Memang sesuai sangat kalau anda sukakan adventure!
2. ICESCAPE ICE RINK
Bagi yang kurang berminat dengan aktiviti lasak, anda boleh cuba meluncur ais di IOI City Mall. Apa salahnya sekali-sekala merasakan pengalaman seperti di negara bersalji, bukan?
Gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik ini juga menyajikan persembahan dan pertandingan untuk anda menyaksikannya bersama keluarga. Selain itu, mereka juga membuka kelas secara rutin bagi anda yang ingin belajar meluncur dengan lebih serius.
Jika anda atau anak-anak yang belum pandai meluncur, janganlah susah hati ya! Icescape Ice Rink turut menyediakan figurine penguin yang comel untuk membantu anda berpaut dan belajar meluncur.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 12tghri – 8mlm, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10pg – 8mlm
Harga Tiket: RM25 (Hari biasa), RM30 (Sabtu, Ahad & cuti sekolah)
Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor.
Tel: 03-8328 8880
Facebook: https://www.facebook.com/icescapeicerink/
3. BLOKSPACE
Blokspace adalah tempat yang ideal bagi kanak-kanak berusia 5-14 tahun yang gemarkan permainan berbentuk binaan seperti memasang Lego dan robot. Seperti yang kita tahu, harga untuk membeli set-set mainan ini bukanlah murah, apatah lagi yang set yang bertema seperti Star Wars.
Di dalam tempat ini, disediakan lebih 300 jenis mainan sedemikian, termasuklah model-model terbaru dari Lego, Djeco, serta robot Gundam yang bertujuan untuk mengasah kreativiti dan imaginasi mereka. Permainan seperti ini sememangnya bagus untuk meningkatkan perkembangan spatial serta kemahiran motor anak-anak!
Harga Tiket: RM18
Alamat: Terdapat 5 outlet Blokspace di sekitar KL & Selangor
IPC Shopping Centre, Damansara,
The School Jaya One
Main Place USJ 21
Empire Shopping Gallery
1 Mont Kiara
Tel: 03-7722 1227
Facebook: https://www.facebook.com/BlokSpace
4. MIN NATURE
Min Nature adalah satu lagi tempat unik yang berbaloi untuk anda singgah. Min Nature adalah sebuah tempat pameran dan pembuatan model miniature. Di sini, anda dan anak-anak berpeluang melihat bagaimana staf membuat model rumah, lansdskap, pokok, dan sebagainya dengan begitu teliti.
Bukan itu saja, anda juga boleh cuba menghasilkan sendiri model miniature tersebut dengan membeli modeling kit dengan harga yang amat berpatutan, iaitu sekitar RM20. Ia tentunya sebuah pengalaman unik dan membuka minda anak-anak!
Alamat: Level 4, Summit USJ, Subang Jaya
Waktu Operasi: 10pg – 10mlm setiap hari
Harga Tiket: RM28 (Dewasa), RM15 (4-12 tahun), RM15 (60 tahun ke atas), Bawah 4 tahun percuma
Tel: 03-8011 9372
Facebook: Min Nature Malaysia
5. SKYTREX SHAH ALAM
Di Skytrex, ada macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di samping menikmati keindahan landskap semulajadi serta udara segar. Terdapat aktiviti lasak, aktiviti yang berkait dengan air, atau sekadar riadah biasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Aktiviti lasak di sana direka khas mengikut kesesuaian umur. Ada yang untuk dewasa iaitu Big Thrill dan Extreme Challenge, manakala Little Adventure untuk kanak-kanak. Ketinggian minimum untuk menyertai aktiviti lasak ini adalah 1.1m. Cabaran yang lebih thrill dan adventure dibuka kepada yang berusia 16 tahun ke atas.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad & Cuti Umum 08:30 – 5:00ptg
Harga Tiket: RM35 (Little Adventure), RM45 (Big Thrill), RM55 (Extreme Challenge)
Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 013 276 9841
Facebook:Skytrex Adventure
6. FARM IN THE CITY
Farm In The City adalah sebuah taman berkonsepkan petting zoo di mana anak-anak berpeluang untuk menyentuh dan memberi makan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di dalamnya. Berbanding dengan zoo biasa seperti Zoo Negara, haiwan yang terdapat di Farm In The City ini tidak dikurung di dalam sangkar dan pengunjung boleh berinteraksi secara terus dengan mereka.
Kawasan dalam tempat ini dibahagikan kepada 11 habitat yang berbeza seperti:
Mood’s Lake
Turtle & Tortoise Farm
Bird Aviary
Reptile Cavern
Rabbit Farm
Pets Village
Jungle Walk
Vegetable & Fruit Farm
Savannah
Longkang Fishing
Kampong Mahmood
Memang amat berbaloi kerana anda dapat membawa anak-anak melihat dan mempelajari tentang haiwan serta habitat mereka dengan lebih dekat. Terdapat juga pony rides untuk anak-anak yang suka menunggang kuda!
Waktu Operasi: Isnin, Rabu – Jumaat 10pg – 6ptg, Sabtu – Ahad 9:30pg – 6ptg
Harga Tiket: RM32 (Dewasa), RM27 (Kanak-kanak), Pakej Keluarga RM116 (2 dewasa & 2 kanak-kanak)
Alamat: 40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
Tel: 03 8941 2099
Facebook:Farm In The City Malaysia
7. JUMP STREET TRAMPOLINE PARK
Bagi anak-anak yang suka melompat, ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melepaskan seluruh tenaga mereka dan terapung di udara. Rasa macam boleh terbang! Jump Street Trampoline Park adalah satu-satunya trampoline park di dalam Malaysia dan ia juga adalah yang terbesar di Asia.
Terdapat open court untuk anda melompat sesuka hati, bermain dodge ball,high performance area,wall walking, slam dunk, dan macam-macam lagi. Bahkan, anda tidak perlu risau kerana mereka juga mengkhaskan sebuah tempat untuk anak sekecil usia 3 tahun. Orang dewasa mahupun orang yang tak suka melompat pun tentu akan teruja dengan trampoline yang sangat besar dan anjal. Di sini juga terdapat kafe yang sedap.
Waktu Operasi: Hari biasa 11pg – 9mlm, Sabtu & Ahad 9pg – 9mlm
Harga Tiket: RM27
Tel: 03-7969 1051
Facebook:https://www.facebook.com/JumpStreetAsia
8. TADOM HILL
Perjalanan sekitar 45minit dari Kuala Lumpur dan 15minit dari KLIA, Tadom Hill Resort kini semakin viral dan popular apabila semakin ramai yang terpegun dengan kecantikan Tadom Bamboo Camp yang baru beroperasi sejak akhir Disember 2015. Hampir keseluruhan struktur resort ini dibina dengan buluh dan ia menjadi identiti unik tempat ini. Lokasi ini juga popular sebagai salah satu tarikan ‘glamping’ iaitu trend ‘perkhemahan mewah’ atau glamorous camping.
Jika tidak berkesempatan untuk menginap di sini, anda boleh membeli day pass dan mandi-manda di Tadom Groove, sebuah tasik yang bersih, indah dan selamat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh. Terdapat juga papan buluh setinggi 5 meter ke air, beserta tali ‘tarzan’ yang membolehkan anda bergayut. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma.
Alamat: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting
Harga Tiket: RM18 (untuk aktiviti mandi tanpa penginapan), Sewaan khemah dan chalet bermula sekitar RM40 – RM260 /malam (bergantung pada jenis penginapan)
Waktu Operasi: 8:00 – 18:30 setiap hari
Tel: 012-522 5908 / 012-5225728 / 013-8116175 (10am-6pm)
Laman web:http://www.tadomhillresorts.com
9. GALACTIC LASER TAG
Mungkin dulu ada trend bermain paint ball, kali ini ada pula permainan tembak menembak yang tetap mendebarkan – tetapi tidak menyakitkan. Oleh itu, Galactic Laser Tag sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dan yang tak takut bermain dalam gelap.
Seperti namanya, ia memperkenalkan permainan tembak menembak dengan lampu laser yang menarik. Sekali ditembak, anda akan hilang keupayaan untuk menembak. Maka, anda perlu cekap bersembunyi sambil meloloskan diri dalam halangan yang disediakan. Galactic Laser Tag terdapat di Sunway Pyramid dan Mid Valley.
Waktu Operasi: 10pagi – 10malam (Ahad hingga Khamis); 10pg– 12malam (Jumaat, Sabtu, dan malam sebelum cuti esoknya)
Harga Tiket: RM30 – RM50 (bergantung kepada waktu cuti dan keahlian)
Alamat: Mid Valley Mega Mall, KL & Sunway Pyramid Mall, Selangor
Tel: 03 2283 2999
Laman Web: http://galacticlaser.com/about-us/
10. CAMP 5 INDOOR CLIMBING GYM
Camp5 adalah sebuah tempat untuk anda meneroka hobi rock climbing dengan selesa, dalam kedinginan air cond – tanpa perlu berpanas. Dengan ketinggian 24m, pemandangannya begitu unik dan memukau apabila anda berjaya memanjat hingga ke atas!
Untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba, disediakan pakej percubaan. Anak kecil berusia 8 tahun ke bawah juga boleh memanjat secara percuma. Jadi, tak perlu risau kerana semua kelengkapan juga ada disediakan di sana.
Tentunya ia adalah pengalaman baru untuk beriadah bersama keluarga!
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat, 2pm-11pm; Sabtu, Ahad, Cuti Umum, 10am-8pm.
Harga Tiket: RM36 (Dewasa), RM25 (Junior), RM16 (Youth), Kanak-kanak bawah 8 tahun percuma.
Alamat: 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre , 1 Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya
Facebook:Camp 5 Indoor Climbing Gym
Laman Web: http://www.camp5.com/
BANYAK LAGI TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR & SELANGOR!
Selain tempat-tempat di atas, tentulah ada banyak lagi tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor yang tak muat untuk kami ulaskan di sini. Antaranya:
Taman Alam Kuala Selangor
I-City – Shah Alam
Aviax Aviation – Shah Alam
Muzium Coklat – Kota Damansara
Taman Burung KL
Kidzania
Petrosains
Pusat Sains Negara
Planetarium Negara
Berjaya Times Square
Rumah Penghulu Abu Seman
Taman Rama-rama KL
Aquaria KLCC
Gold Coast Morib
Paragliding Bukit Jugra
Jadi, cuti sekolah ini ajak keluarga jalan-jalan. Di samping mengeratkan hubungan, dapat juga merasa pengalaman unik dan belajar pelbagai perkara baru.
Jom jalan-jalan!