LG Electronics perkukuh kerjasama, tingkah jualan

0

09

- Advertisement -

BUTTERWORTH: LG Electronics (M) Sdn Bhd berharap dapat menjalinkan lebih banyak projek-projek akan datang dengan salah satu rakan niaga utamanya di wilayah utara Semenanjung Malaysia, Best Point Furniture & Electrical Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya, Kim Kyu Tae, berkata LG Electronics telah lama bekerjasama dengan Best Point dalam usaha mengembangkan perniagaan di Pulau Pinang.

Katanya, ini boleh dilihat menerusi pembukaan tiga cawangan LG-Best Point termasuk outlet terbaharu di Bagan Ajam di sini yang dilancarkan hari ini dan merupakan premis ke-31 LG di seluruh negara.

“Kami (LG Electronics dan Best Point) berharap kerjasama berterusan ini mampu mencatat pertumbuhan jualan sebanyak dua angka menjelang akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran itu di sini.

Menurut Kim, LG Electronics juga menyasarkan untuk memiliki 50 cawangan di Malaysia menjelang akhir tahun 2020 dan yakin dengan pembabitan Best Point yang disifatkan sebagai berperanan penting bagi mencapai matlamat itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Best Point Ng Chye Weng berkata pembukaan cawangan Bagan Ajam itu membabitkan pelaburan bernilai lebih RM500,000.

Beliau berkata, premis jenama itu turut menggalakkan bakal pelanggan untuk melihat secara terus kualiti produk premium tersebut.

“Tidak seperti usaha beli-belah dalam talian dengan penerangan atau paparan yang terhad, premis ini sebaliknya membolehkan mereka melihat serta mendapat pemahaman yang lebih jelas,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: