04.jpg

- Advertisement -

Sarimah Ibrahim (lahir 19 Februari 1979) merupakan pengacara, pelakon, dan penyanyi Malaysia berbintang Aquarius kacukan Melayu-Irish. Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai sebelum menerima kelayakan O-Levels dan A-Levels.

Sarimah mampu bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Merupakan anak sulung dalam empat adik-beradik. Mempunyai ketinggian 170 cm (2002).

Pada Tahun 2009 hingga sekarang Sarimah Ibrahim menjadi pengacara untuk The Biggest Losser Asia yang disiarkan pada pukul 9:00 di siaran 711 Hallmark, Astro dan pukul 8:00 Di Thailand.

Sekian lama menyepi dari radar seni hiburan tanah air, wanita bernama Sarimah Ibrahim membuat penampilan sebagai salah seorang pengacara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang telah berlangsung pada 22 Januari lalu.

Terdahulu, figura berdarah kacukan Melayu-Irish itu turut diberi peluang mengendalikan Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) pada 18 November 2016 bersama-sama hero drama Dia Semanis Honey, Alif Satar.

It’s a good news! Bakal muncul dengan rancangan sendiri iaitu The Sarimah Show pada Mac nanti, tahun 2017 menjadi tahun kebangkitan semula buat pelantun lagu Kini Kau Tiada dalam arena seni hiburan negara.

Pastinya ‘comeback’ bintang filem Puteri Impian 2 itu sedikit sebanyak mengubah kerinduan para peminatnya. Berikut kami kongsikan dengan anda tentang biodata dan perkara menarik tentang pengacara yang versatil ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: