09

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang dari sebulan, jenama telefon pintar terkemuka HUAWEI akan melancarkan model perdananya, siri P30 di Paris, Perancis.

HUAWEI sentiasa dikenali dengan langkah inovatifnya, daripada jalinan kerjasama dengan Leica sehinggalah kepada pengenalan kamera dengan tiga lensa pertama di dunia.

10.jpg 11.jpg

Siri HUAWEI P sememangnya menjadi produk perdana jenama telefon pintar itu yang memfokuskan kepada elemen fotografi. Menariknya, semua telefon pintar HUAWEI akan dikuasakan oleh Kirin 980 yang juga set cip kepintaran buatan (AI) mudah alih milik HUAWEI.

Menerusinya, pengalaman fotografi AI kini menjadi semakin mudah. Baru-baru ini, Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI Technologies, Richard Yu, memuat naik imej ‘supermoon’ di akaun Weibo dan imej itu diambil semasa sambutan Chap Goh Mei pada Tahun Baru Cina yang lalu.

Difahamkan, peralatan kamera profesional diperlukan untuk mengambil gambar yang sebegitu teliti. Turut kelihatan pada imej berkenaan adalah ‘watermark’ dengan tulisan siri HUAWEI P di atasnya. Daripada petunjuk berkenaan, ia mungkin diambil menerusi telefon pintar HUAWEI P30.

Sebelum ini, Naib Presiden Perniagaan Set Tangan Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI, Bruce Lee, turut mendedahkan empat imej yang menunjukkan kebolehan ‘zoom’ yang ada pada telefon pintar seterusnya yang mungkin diambil menggunakan HUAWEI P30.

Imej berkenaan menunjukkan perbezaan ketara daripada aspek jarak dari jauh kepada dekat dan ia menunjukkan bahawa telefon pintar yang digunakan itu mampu menangkap subjek yang begitu jauh tanpa berkompromi dalam aspek kualiti imej.

Sementara itu, HUAWEI Malaysia biasaanya akan menawarkan pelbagai barangan menarik sempena pelancaran telefon pintar baharu itu. Pada pelancaran HUAWEI Mate 20 pada Oktober lalu, HUAWEI memberikan barangan seperti pengecas tanpa wayar, dron dan kad VIP bernilai lebih RM10,000.

12.jpg

Nampaknya HUAWEI tidak berhenti di situ sahaja apabila tampil pula dengan penyelesaian cakera keras luar yang menawan, iaitu HUAWEI 1TB Storage Drive Backup. Ia direka untuk membuat sokongan data secara automatik atau manual dari telefon anda.

Produk itu juga mempunyai fungsi kedua sebagai pengecas pantas atau super pantas untuk peranti HUAWEI yang berlainan, termasuk laptop. Itu belum lagi mengambil kira kegunaannya sebagai lapisan kalis air untuk menutup cakera keras, untuk sentiasa menjadikannya elegan serta pragmatik.

Ia akan menjadi sebahagian hadiah pada pelancaran HUAWEI Siri P30 di Malaysia? Ayuh kita nantikan pendedahan telefon pintar dengan kamera terbaik ini pada 26 Mac ini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.