03

- Advertisement -

Datin Wan Intan Edrinas binti Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Datin Dynas (lahir 8 Mac 1983) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau muncul dalam pemerhatian media sebagai pengacara rancangan hiburan popular Astro Ria, Beat TV bersama Bront Palarae, diikuti oleh beberapa aktiviti pemodelan berprofil tinggi termasuk sebagai model catwalk dan telah menjayakan beberapa iklan televisyen.

Dynas memulakan kerjaya lakonan dari 2003 ke atas menerusi watak sebagai Fatin dalam filem Cinta Kolestrol arahan A. Razak Mohaideen. Beliau juga terkenal dengan watak Inspektor Julia dalam siri Gerak Khas dari 2007 hingga 2009. Beliau mempunyai beberapa peranan penting dalam filem percintaan Cinta Fotokopi (2005), filem aksi Haru Biru dan Impak Maksima (2007), filem seram Bisikan Syaitan (2013) dan filem epik pengembaraan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017), adaptasi dari novel 1998 dengan tajuk sama.

Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan dua anak. Dynas merupakan pemilik perniagaan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu, Dynas Nursing Attire (DNA) dengan membuka cawangan pertamanya di The Curve, Mutiara Damansara. Belajar berkelulusan Diploma Komunikasi Massa dari UiTM Shah Alam (2005).

Kerjaya

Pemodelan

Pada 2004, pada usia 21 tahun, Dynas tersenarai dalam FHM’s 100 Sexiest Women, meningkatkan kerjaya dan menjadikan beliau sebagai seorang pelakon A-senarai dan supermodel di Malaysia di Malaysia dan Indonesia.

Kerjaya pemodelan Dynas bermula ketika beliau berusi tujuh belas tahun, Dynas menerima tawaran pemodelan di televisyen dan iklan cetakan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai model catwalk dengan pelbagai agensi pemodelan dan juga muncul dalam iklan untuk KFC, Celcom, Dunhill, Pepsi, Knorr, Nestlé dan HSBC Malaysia.

Televisyen dan filem

Beliau memulakan kerjaya sebagai pengacara TV menerusi Beat TV bersama Bront Palarae. Beliau juga mengacarakan rancangan Si Kecil Ku Chak! pada 2010 di TV3.

Beliau berlakon dalam siri drama, Dibawah Ketiak Isteri bersama Kenchana Dewi, Leez Rosli, Radhi Khalid, Bob Ahmal, Zizan Razak, dan Harun Salim Bachik. Musim kedua siri ini disiarkan di Astro Prima. Beliau juga membintangi tiga musim drama Astro Ria Awan Dania, dan membintangi drama seram, Susuk selama dua musim. Pada tahun 2007, beliau menjayakan peranan sebagai Inspektor Julia dalam Gerak Khas, siri drama polis yang lama yang disiarkan di TV1 sejak tahun 1999.

Beliau kemudiannya berlakon dalam filem Haru Biru, Cinta Kolestrol, I Know What You Did Last Raya, Impak Maksima, dan drama Janji Diana dan Cinta Kau & Aku.

Dynas bakal menjayakan drama KL Gangster Underworld arahan Syafiq Yusof dan Faisal Ishak, yang mana beliau memegang watak sebagai ketua samseng bernama Madam Chong. Ia memulakan siaran di iflix. Beliau muncul bersama Nora Danish, Ashraf Muslim, Donita dan Fachry Albar dalam filem Bukan Cinta Malaikat yang ditayangkan pada 25 Januari 2018.

Duta jenama

Dynas juga merupakan duta jenama dan jurucakap untuk pelbagai produk kesihatan dan kecantikan seperti Safi Balqis (2008), Kunzense (2011), Qutie Coat (2012) dan Pet Pet (2013).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: