04.jpg

- Advertisement -

Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi dan skandal seperti bergaduh dengan artis lain. Pada 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Baru-baru ini, beliau telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports.

Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang. yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014. Pada 2015, beliau membintangi telefilem Lukisan Takdir dan Wan Embong. Kedua-dua telefilem itu menampilkannya bertudung.

Pada Mac 2017, Neelofa telah dipilih bagi menghiasi majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.

Neelofa tampil dalam program realiti atas talian, #FollowLofa terbitan Hurr.TV yang disiarkan bermula 26 April 2017. Neelofa pada mulanya pernah beberapa kali menolak untuk berkongsi kehidupannya dengan peminat. Namun kelonggaran pihak produksi yang membenarkan beliau menentukan beberapa hal penerbitan membuatkan hatinya terbuka. Menurutnya, 98 peratus daripada sorotan kehidupannya yang bakal ditayangkan adalah benar.

Projek televisyen beliau seterusnya ialah drama romantik adaptasi novel Red Velvet gandingan beliau bersama Alif Satar yang bersiaran di Astro Ria bermula 23 Oktober 2017. Pada April 2018, New Straits Times melaporkan bahawa Neelofa bakal menjayakan peranan suara dalam siri animasi pra-sekolah Omar & Hana.

Neelofa muncul bersama Zul Ariffin dalam drama adaptasi novel karya Suri Ryana, Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri di Astro Ria.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: