TEMPAT MENARIK DI PENANG YANG PERCUMA

Apabila bercakap tentang Penang, hal pertama yang terlintas di fikiran saya sudah semestinya pelbagai jenis menu makanan yang boleh didapati di serata Penang daripada yang di tepi jalan hinggalah ke kedai makanan yang popular. Namun selain menjadi syurga bagi makanan, Pulau Mutiara ini juga terdapat banyak tempat-tempat menarik popular dikalangan pelancong yang boleh dilawati secara percuma sahaja! Berikut adalah beberapa tempat percutian bajet di Penang kegemaran saya yang dapat korang lawati dengan percuma.
Tempat Menarik di Penang yang Percuma
1. Batu Feringghi
- Advertisement -
Bagi seseorang yang cintakan alam semulajadi dan sukakan suasana angin sepoi-sepoi ditepi pantai sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam seperti saya, tempat ini memang sesuai sekali bagi korang. Apa yang menariknya di sepanjang pantai ini korang akan jumpa banyak tempat makan, jadi bolehlah makan sambil sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah. Pada waktu malam pula korang bolehlah meluangkan masa bersiar-siar di sekitar pantai sambil menikmati angin yang agak sejuk. Suasana pada waktu malam juga agak meriah disini, diterangi cahaya lampu berwarna-warni.
Alamat: Pantai Batu Feringghi, 11050, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Cara Untuk Ke Sini: Dari Georgetown, ambil bas No. 101 dari jalan Chulia bertentangan dengan 7-Eleven. Bas ini akan membawa korang terus ke pantai Batu Ferringhi dan boleh didapati setiap 10-20 minit sekali.
2. Bukit Bendera
Cuaca dan keadaan di Penang kadang-kadang boleh menjadi agak panas, jadi apa kata korang cuba aktiviti mendaki untuk mendapatkan udara segar dan lebih sejuk berbanding bahang panas dan kesibukan di bandar. Tarikan utama di atas Bukit Bendera ini ialah The Sky Walk yang seolah-olah berada di udara. Dari sini, korang dapat melihat pemandangan seluruh bandar Penang dan laut Andaman. Betapa menakjubkan!
Selain itu, terdapat banyak lagi tarikan yang sempat saya lawati seperti The Owl Museum dan Love Lock. Mengambil inspirasi daripada jambatan cinta yang terkenal di seluruh dunia, pasangan kini boleh meletakkan kunci di pagar sebagai tanda cinta mereka. Jika anda tidak membawa padlocks, jangan risau! Terdapat banyak padlocks dengan model dan saiz yang berbeza yang dijual di kedai berdekatan. Pilih salah satu yang anda suka dan pasangan anda!
Lokasi: Penang Hill
Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30am – 10pm
Cara Untuk Ke Sini: Menaiki bus Rapid No. 204 dari Komtar Georgetown yang akan membawa korang terus ke Bukit Bendera.
3. Pasar Lorong Kulit
Jika korang suka melihat barang-barang lama dan antik, maka tempat ini sangat sesuai! Bolehlah berjalan-jalan sambil cuci mata melihat pelbagai jenis barangan antik dan tradisional yang mungkin korang tak pernah lihat seperti piring hitam, kamera antik, duit lama, dan banyak lagi.
Lorong ini sememangnya terkenal di kalangan rakyat tempatan dan pelancong, jadi harga yang diletakkan kadang-kadang sedikit tinggi. Pastikan korang tawar-menawar dulu sebelum membeli. Jika anda ingin datang ke sini, saya cadangkan anda datang ke sini sebelum pukul 9 kerana mereka biasanya ditutup pada tengah hari.
Alamat: 625, Jalan Dato Keramat, Georgetown, 10460
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 1 pm
Cara Untuk Ke Sini: Korang boleh menaiki mana-mana bas No. 10, 201, dan 203 sebab bas ini akan berhenti di stesen berdekatan dengan pasar ini.
4. Jalan Armenian
Korang suka mengambil gambar dan selfie? Kalau ya, jalan ini memang wajib korang terokai kerana sepanjang melalui kawasan ini saya berasa amat kagum dengan hasil seni yang memaparkan kisah kehidupan seharian rakyat Penang dan juga sejarah kawasan Georgetown ini.
Di Jalan Armenian ini sahaja terdapat 5 arca dan lukisan mural yang terletak dekat antara satu sama lain. Sesetengahnya dibuat dengan penuh humor; ada juga yang penuh nostalgia. Jadi foto-foto anda di sini pastinya akan mempunyai kepelbagaian. Inilah masanya untuk menunjukkan sisi kreatif anda dan mengambil foto sebanyak-banyaknya.
Alamat: Lebuh Armenian, Georgetown, 10450
Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)
Cara Untuk Kesini: Untuk kesini korang hanya perlu berjalan kaki selama 13 minit dari Georgetown melalui jalan Jalan Burma dan Jalan Sultan Ahmad Shah.
5. Air Terjun Titi Kerawang
Lokasi air terjun ini terletak di atas bukit, di antara Balik Pulau dan Teluk Bahang yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong. Apa yang menariknya disini ialah keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara dan tidak tercemar, dan tentu saja, air terjun! Bagi korang yang nak kesini waktu yang paling sesuai adalah sekitar pukul 7 hingga 8 pagi sebab waktu tu tak ramai orang lagi. Bolehlah pilih tempat yang sesuai untuk berkhelah sebab kawasan disini agak terhad dan tak besar sangat. Kalau boleh cuba elakkan dari datang pada hujung minggu kerana tempat ini agak sesak pada hari-hari cuti.
Alamat: Air Terjun Titi Kerawang, 11000, Penang
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 5 pm
Cara Untuk Ke Sini: Dari Georgetown, korang boleh mengambil bas No.304, 502, dan 404 dari Ban Joo Lee, Georgetown dengan perjalanan kira-kira 2 jam 30 minit.
6. Chew Jetty
Jetty ini menjadi salah satu tempat yang takkan saya lupakan disebabkan oleh keunikan suasana perkampungan masyarakat cina dan bagi korang yang suka menikmati pemandangan laut, memang tak rugi lah untuk kesini. Secara tak langsung korang juga boleh mengetahui tentang cara hidup penduduk nelayan. Selain itu, terdapat banyak juga kedai makanan dan kedai menjual cenderamata hasil penduduk tempatan di sepanjang laluan jetty ini.
Penang memang terkenal sebagai syurga makanan dan mudah bagi korang untuk mencari makanan disini dari yang ditepi jalan hinggalah ke restoran. Antara makanan popular di Penang yang wajib korang cuba ialah lok lok terutama sekali bagi korang yang sukakan pedas. Ianya lebih kurang seperti steamboat dengan pelbagai jenis pilihan yang segar seperti udang, ketam, tiram, dan banyak lagi sambil dihidangkan dengan pelbagai jenis sos buatan sendiri.
Alamat: Lok Lok@ Padang Brown Food Complex: jalan Johor, Tapak No. 9, 10400, Georgetown, Penang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 2 pm – 10 pm
Cara Untuk Ke sini: Dari balai polis Jalan Dato Keramat, masuk kiri menuju ke Jalan Dato Keramat/Georgetown/Komtar ke Jalan Perak.
Tempat Tinggal Di Penang
Bagi korang yang mencari hotel yang murah dan selesa, saya cadangkan untuk menginap di Container Hotel Penang sebab selain harganya yang murah dan selesa, ianya juga terletak di lokasi yang strategik.
Bagi korang yang ingin berjimat cermat namun tak nak meminimumkan keseronokkan yang bakal korang dapat, Penang sememangnya destinasi yang sesuai! Dan bagi korang yang ingin kesini lebih dari 3 hari, saya cadangkan korang untuk beli pas pelancong bas rapid berharga RM30 sahaja untuk menggunakan perkhidmatan tanpa limit selama 7 hari. Banyak tempat menarik di Penang yand anda dapat kunjungi dengan percuma, jadi tunggu apa lagi?