‘Salah, Firmino akan kembali ledak gol’

0

66

- Advertisement -

LONDON: Sadio Mane yakin gandingannya di jentera serangan Liverpool, Mohamed Salah dan Roberto Firmino akan kembali mencetak gol bagi menyalakan kembali peluang Reds memburu kejuaraan.

Prestasi bintang Senegal Mane, 26, ketika ini boleh dianggap cemerlang apabila menjaringkan enam gol dalam lapan perlawanan terakhir Liverpool.

Salah, 26, dan Firmino, 27, masing-masing menjaringkan tiga gol dalam tempoh yang sama ketika Liverpool menyaksikan kedudukan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris dipintas Manchester City.

Sambil menegaskan tiada perseteruan di antara trio berkenaan, Mane yakin kedua-dua rakan sepasukannya itu akan kembali menjaringkan gol seperti yang dilakukan mereka sebelum ini.

“Kami tahu yang kami mungkin tidak memulakan musim ini sekuat musim lalu,” kata Mane. “Kami berada di tahap yang amat tinggi ketika ini, tetapi harapnya ia akan kembali.

“Mo, Bobby… nampaknya seperti semua orang menandatangani kontrak baharu dan mereka berkata, ‘hei Sadio, bila kamu akan tandatangan?’ Saya berkata kepada dengan mereka semua, ‘jangan bimbang saudara, saya akan tandatangan,’. Dan apa yang saya lakukan? Saya melakukannya jadi mereka ketika ini gembira.

“Saya amat gembira di sini dan saya fikir orang juga gembira dengan saya. Kami mahu menulis nama kami di samping ramai legenda dalam sejarah kelab ini yang hebat. Harapnya ia hanya permulaan untuk sesuatu yang istimewa.”

Salah yang juga pemenang anugerah Pemain Terbaik Inggeris mengetuai senarai penjaring terbanyak Liverpool musim ini dengan mengumpul 20 gol dalam semua kejohanan diikuti Mane (15) dan Firmino 11.

Liverpool ketika ini ketinggalan satu mata di belakang Man City berbaki sembilan aksi liga. – AGENSI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: