12 Tempat-Tempat Yang Paling Cantik di Jerman!

0

Negara Jerman mempunyai landskap-landskap yang sangat cantik dan pasti akan membuatkan anda terpesona macam kena jampi dengan magic spell apabila melihatnya. Haha. Puncak pergunungan Alpsnya, hutan-hutannya yang seolah-olah menyimpan seribu satu rahsia, perkampungan yang dipenuhi dengan rumah-rumah kayu, dan juga istana-istana megah ala-ala fairy tale, semuanya cantik-cantik belaka! Orang putih kata, “too good to be true” gitu.

Daripada pergunungan sehinggalah ke bandar-bandarnya, dan semua yang ada di antaranya, di bawah ini kami senaraikan beberapa tempat yang paling cantik sekali di Jerman. Jom tengok! 😀

1. Rakotzbrücke (Rakotz Bridge), Gablenz, Saxony

Tersembunyi di Kromlau’s Rhododendron Park, Rakotzbrücke adalah sebuah jambatan dari abad ke-19. Apa yang menarik tentang jambatan tua ini adalah ia menghasilkan satu perfect circle apabila bayangannya terpantul ke atas permukaan air tasik di sekelilingnya. Jambatan yang melengkung ini sering kali dirujuk sebagai “Devil’s Bridge” kerana strukturnya yang melengkung cantik dan simetri kelihatan impossible untuk dibina oleh manusia.

66

- Advertisement -

2. Lake Königssee, Berchtesgadener Land, Bavaria

Di Berchtesgaden Alps berhampiran dengan sempadan Austria, Königssee adalah sebuah tasik alpine dengan air yang sangat jernih. Orang putih kata ‘crystal clear’! Suasana di sini saaaangat tenang. Kalau anda mahu ‘up’ sikit aktiviti anda, bolehlah ambil boat tour untuk untuk menikmati kindahan dan juga ketenangan di tasik ini.

67.jpg

3. Rothenburg ob der Tauber, Franconia, Bavaria

Rothenburg ob der Tauber, yang sangat terkenal dengan bandar lama dari abad pertengahan yang cantik terpelihara sehingga ke hari ini, telah berjaya menarik berjuta-juta pelancong dari dalam dan luar negara pada setiap tahun. Yang paling eye catching sekali di sini sudah tentulah reka bentuk bangunan-bangunannya yang berwarna-warni. So insta-worthy!

68.jpg

4. Bastei Bridge, Elbe River, Saxon Switzerland

Berada di ketinggian lebih daripada 600 kaki dari Elbe River, Bastei Bridge boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan paling terkenal (dan yang paling cantik) di Taman Negara Saxon Switzerland.

69.jpg

5. Neuschwanstein Castle, Hohenschwangau, Bavaria

Kalau anda nak tahu, istana Sleeping Beauty telah diinspirasikan daripada Neuschwanstein Castle. Dibina pada tahun 1886, Neuschwanstein adalah antara istana yang paling popular di seluruh Eropah. Lihat sahaja gambar di bawah ini, istana ini tampak betul-betul tersergam indah kerana lokasinya yang terletak di atas tebing.

70.jpg

6. Zugspitze, Wetterstein Mountains, Bavaria

Zugspitze adalah puncak tertinggi di Jerman dengan ketinggian lebih daripada 9,700 kaki. Untuk pergi ke puncaknya, anda boleh naik cable car yang disediakan di sini. Di puncak ada terdapat restoran di mana anda boleh enjoy makanan anda sambil menikmati pemandangan pergunungan Alps yang sangat cantik! Fuhh memang superb!

71.jpg

7. Cologne Cathedral, Cologne, North Rhine-Westphalia

Cologne Cathedral merupakan gereja Gothic yang paling besar di Jerman dan ia mengambil masa selama lebih daripada tujuh abad untuk siap dibina! Tapi kalau anda tengok bangunan gergasi ini, pasti anda akan terpegun. Berbaloilah usaha dan masa berabad-abad lamanya dengan hasil yang wow sebegini. Antara tarikan utama di sini termasuklah menara kembarnya dan juga seni mural pada kaca tingkapnya.

72.jpg

8. Hängeseilbrücke Geierlay (Geierlay Suspension Bridge), Hunsrück Mountains, Rhineland-Palatinate

Dengan panjang sejauh 1,180 kaki dan tinggi 330 kaki, jambatan ini bukanlah untuk mereka-mereka yang mudah gayat dan lemah lutut. Haha. Tapi setting pegunungan Hunsrück sangat cantik, boleh jadi gayat anda pon hilang ketika melalui jambatan ini.

73.jpg

9. Bamberg, Upper Franconia, Bavaria

Pekan cantik yang terletak di Bavaria utara ini sangat dikenali dengan senibinanya, di mana sebahagian besarnya telah dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1993 lagi. Lagi satu yang paling popular di sini ialah Romanesque Bamberg Cathedral, yang telah dibina sejak abad ke-11.

74.jpg

10. Lake Schrecksee, Bavarian Alps

Dengan ketinggian 5,949 kaki, Schrecksee adalah tasik alpine yang paling tinggi di Jerman! Siap ada pulau tau di tasik ini. Pendakian ke sini mungkin boleh mengambil masa sehingga 7-8 jam, tetapi dengan pemandangan secantik ini, memang berbaloi. Anda juga boleh melihat Austria dari sini kerana sempadannya hanyalah kira-kira 1,000 batu sahaja dari tasik ini.

75.jpg

11. Lichtenstein Castle, Baden-Württemberg

Istana ini juga dikenali dengan nama “Fairy tale castle of Württemberg” dan ia dibina betul-betul pinggir tebing dan menghadap ke lembah Echaz. Cantik sangat!

76.jpg

12. Partnach Gorge, Garmisch-Partenkirchen, Bavaria

Dengan panjang 2,305 kaki dan dinding batunya yang setinggi 263 kaki, jurang ini merupakan salah satu hiking spot yang paling popular di Jerman.

77.jpg

Anda dah pernah sampai Jerman? Tempat mana yang telah kami senaraikan di atas ini yang anda pernah kunjungi? Kalau anda ada tempat-tempat lain yang lagi cantik di Jerman, share please dengan kami di ruangan komen di bawah!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: