53

- Advertisement -

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan barisan pemainnya kekal positif sekali pun perjalanan Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris sedikit terganggu selepas diikat Everton, minggu lalu.

Keputusan seri tanpa jaringan dengan Everton bagi pertembungan tetangga Merseyside itu menyaksikan Reds gagal memintas kedudukan Manchester City di puncak liga dan kini ketinggalan satu mata berbanding penyandang juara itu.

Sekali pun masih berpeluang cerah untuk mencabar kejuaraan, ini kali ketiga Liverpool gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan liga selepas turut seri 0-0 dengan Manchester United.

Justeru berbaki sembilan perlawanan yang perlu diharungi, Klopp menegaskan skuad kendaliannya tidak akan mengalah sehingga hari terakhir kempen.

“Kami positif, bagaimana kami tidak positif?” kata pengurus dari Jerman itu. “Masih banyak perkara akan berlaku dan masih banyak perlawanan yang perlu diharungi.

“Apa yang membawa kami ke sini adalah kestabilan yang ditunjukkan semua pemain. Kami adalah pasukan yang sukar untuk dikalahkan, yang menjadi perkara paling penting dalam bola sepak.

“Kami juga mencipta peluang dalam perlawanan yang sukar, yang juga perkara yang penting. Kemudian kamu perlu menamatkan saingan mereka, yang sering kali kami lakukan tetapi tidak (di Everton). Musim ini masih belum berakhir jadi kami tidak akan menyerah kalah.” – AGENSI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: