03.jpg

- Advertisement -

Sangeeta Krishnasamy (lahir 12 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau menjadi pelakon Malaysia pertama untuk berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan dalam filem Goa arahan Venkat Prabhu dan sebagai peneraju wanita di ‘ZHA’ di kalangan pelakon filem India Selatan yang terkenal.

Kehidupan awal

Sangeeta dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan lulusan undang-undang di Universiti London, dan memulakan kerjayanya sebagai model semasa belajar ketika ditawarkan untuk model untuk kempen dalam talian Nikon, beliau fasih berbahasa Tamil, Melayu, Inggeris dengan lancar.

Kerjaya

Sangeeta telah membintangi beberapa filem dan drama, serta telah mengacarakan beberapa rancangan TV.

Pada tahun 2015 beliau merupakan teraju untuk dua filem iaitu Vetti Pasanga dan Vennira Iravugal. Vennira Iravugal menjadi filem Tamil Malaysia yang terkenal selepas ia ditayangkan di beberapa festival filem di seluruh Eropah, dan selepas memenangi anugerah juri khas di Festival Filem Tamil Norway pada tahun 2014 dan seterusnya membawa pulang semua 5 anugerah dalam semua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia pada tahun 2015. Kini, beliau merupakan seorang pelakon terbaik di Sinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 untuk kategori pelakon terbaik dalam kategori filem dan telefilem.

Beliau paling terkenal melalui watak lakonannya sebagai Cikgu Cheryl dalam filem drama biografi 2017, Adiwiraku arahan Eric Ong.

Sangeeta menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Uqasha Senrose.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: