04.jpg

- Advertisement -

Amy Mastura binti Suhaimi (lahir 10 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Amy Mastura merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang pesara tentera, beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, Amy Mastura telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Beliau berkahwin dengan Alvin Tham Suffian pada 2000 dan dikurniakan dua cahayamata perempuan.

Pada Mac 2011, Mastura menjadi duta baru Kose, jenama kosmetik Jepun. Beliau menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.

Happy dan kesinambungan kejayaan (2009–2016)

Tahun 2009 menyaksikan Amy muncul dengan album terbaru berjudul Happy. Namun album kali ini gagal menyerlahkan kembali sisi Amy sebagai penyanyi kerana imej lakonan beliau lebih dekat di hati penonton. Sepanjang tahun 2010, Amy muncul dalam filem Hooperz dan Aku Tak Bodoh serta beraksi dalam filem seram Damping Malam arahan Ahmad Idham. Pada Mac 2010, beliau dilantik sebagai jurucakap produk Lifebuoy.

Pada 2011, Amy Mastura dilantik sebagai duta baru jenama kosmetik Jepun, Kose. Kini, Kose telah melancarkan produk terbaru yang lebih berkesan untuk merawat kulit wajah supaya menjadi lebih anjal dan muda seperti Amy Mastura. Di majlis ini, beliau turut menjemput peminatnya menyanyi bersama, penyanyi manis ini menyanyikan dua buah lagu berjudul Happy dan single terbarunya, Tapi Itu Dulu. Amy berkata dia bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan daripada pelbagai jenama antarabangsa yang sudi mengambilnya menjadi juru cakap produk masing-masing. Walaupun mengakui tahap popularitinya di tahap sederhana, namun beliau sangat bertuah kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta dan jurucakap produk.

Amy juga kembali beraksi di pentas teater apabila muncul dalam Muzikal Gamat yang turut dibintangi anak gadisnya, Adalia. Pada tahun 2014, Amy tampil menghiburkan penonton sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 setelah sekian lama tidak mengacarakan acara anugerah. Beliau juga kembali mencuba watak dramatik apabila diberi peranan ibu yang mempunyai anak gadis yang menderita penyakit kritikal dalam drama bersiri Nur Melinda’. Kini Amy dikenali sebagai salah seorang aktres hebat yang masih aktif di arena seni lakon, sementara auranya sebagai selebriti juga tidak pudar apabila masih menjadi duta kepada produk-produk popular tempatan dan antarabangsa. Lagu-lagu Amy masih menjadi siulan, dan beliau sudahpun memahat nama sebagai salah seorang selebriti Malaysia yang serba boleh dan disayangi jutaan peminat.

Beliau dipilih sebagai pengacara anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013), bergandingan dengan pengacara popular, Fara Fauzana yang akan berlangsung di Arena All Stars, Genting Highlands pada 6 April. Mengakui agak dengan pengumuman tersebut, Amy tidak menyangka ABPBH 2013 memilihnya sebagai pengacara apatah lagi popularitinya sebagai artis tidak segah nama-nama besar lain. Baginya, pelawaan itu adalah satu penghormatan buatnya sebagai anak seni. Pada 2016, Amy Mastura melancarkan single terbaharunya, “Kalimah” ciptaan Ardiv Jauhari.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: