38

LONDON: Mauricio Pochettino mengakui tidak panik meskipun melihat pasukannya tewas kali kedua minggu ini sekali gus menyaksikan perebutan kejuaraan liga kian tipis apabila dikejutkan Chelsea dalam saingan liga pagi tadi.

Kekalahan terbaru 2-0 di tangan Chelsea selepas diaibkan Burnley 2-1 Sabtu lalu, menyaksikan kedudukan mereka di tangga ketiga liga kini berdepan ancaman besar.

Biarpun mendahului empat mata di depan Arsenal yang kini di tangga keempat, Manchester United (lima mata) dan tujuh mata memisahkan mereka dengan Chelsea, namun kekalahan terbaru itu menyebabkan mereka boleh tergelincir.

Pada saingan Sabtu lalu, Pochettino hilang sabar ke atas pengadil Mike Dean selepas kekalahan di tangan Burnley. Jurulatih Argentina itu jarang dilihat bersikap marah namun kekalahan pagi tadi yang disebabkan kesilapan Kieran Trippier yang ‘menghadiahkan’ gol buat Chelsea harus menambah rasa berang pengurus berkenaan.

Sabtu ini, mereka akan berdepan Arsenal pula yang menyaksikan kemungkinan jurang mata antara dua seteru itu hanya terpisah satu mata.

39.jpg 40.jpg

Ditanya mengenai kemungkinan itu, Pochettino berkata: “Saya tidak bimbang. Sebelum ini pun saya tidak bimbang mengenainya. Kami perlu menikmati setiap perlawanan bola sepak kami.

“Saya fikir semua pasukan pada awal musim mahu menumpukan perhatian merebut kedudukan itu dan kini mereka harus menanggung semua tekanan itu untuk meneruskan jurang lima mata mereka.

“Jika sekarang ini mereka takutkan kedudukan empat teratas, itulah bola sepak. Ia adalah tugasan besar dan kami perlu menanganinya dengan tenang dan menikmati bola sepak. Kami perlu mengharunginya dan cuba lagi pada perlawanan seterusnya. Tapi ia bukan drama.” katanya.

Spurs yang mengharapkan sentuhan Harry Kane untuk mengukuhkan peluang hanya mampu menyumbat satu gol dalam dua aksi liga mereka.

Sebelum ini, mereka mencatat empat kejayaan liga termasuk menewaskan Borussia Dortmund 3-0 dalam kempen Liga Juara-Juara.

41.jpg

Kane, selaku penjaring tunggal ketika menentang Burnley, nyata pemain paling kecewa pagi tadi selepas semua cubaannya dipatahkan kemas oleh pertahanan Chelsea, David Luiz.

Namu Pochettino memuji komitmen dipamerkan Kane sambil berkata: “Dia sudah memberikan tahap persembahan terbaiknya bagi dari segi fizikal dan mentalnya.”

Pochettino mengakui perlu bersedia berdepan aksi liga menentang Arsenal minggu ini.

“Kami memang kecewa dengan kekalahan pagi ini tetapi perlu sedia berdepan cabaran Sabtu menentang Arsenal,” katanya. – Reuters

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.