Selebriti Malaysia – Faezah Elai

- Advertisement -
Noor Faezah Md Elai (lebih dikenali dengan nama Faezah Elai; lahir 16 Ogos 1982) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang berketurunan Punjab dan Thai, berasal dari Gelugor, Pulau Pinang.
Kerjaya
Beliau memulakan karya lakonan menerusi drama bersiri siaran Astro Ria, Cinta dan Keadilan. Penampilan pertama beliau dalam bidang perfileman adalah menerusi filem Otai arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2007. Beliau kemudiannya membintangi siri drama televisyen Sutera Maya yang disiarkan di TV3 memegang watak Maya Sofea.
Kehidupan peribadi
Beliau mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Heykal Hanafiah. Beliau telah selamat melahirkan anak pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court pada 7 Februari 2013. Beliau kembali berlakon selepas melahirkan anaknya.
FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala, Mantera dan Tanda Putera.
DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara 1 & 2.
IKLAN: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom.
Hos Rancangan: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3).
PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female.