08

- Advertisement -

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bersama Moderator, Tan Sri Johan Jaaffar pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf.

SHAH ALAM: Kerajaan giat memperhalusi perkongsian teknologi yang akan diguna pakai bagi membangunkan projek kereta nasional ketiga.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata ia bagi memastikan teknologi digunakan kelak sesuai dan mampan dengan jenis kereta bakal dikeluarkan.

“Kita menerima cadangan pelbagai pihak ini dan akan menyenarai pendek mana yang wajar.

“Apa juga keputusan perlu dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara dan keputusannya mungkin diketahui tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tamu program Bicara Minda di sini, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, dasar kerajaan ketika ini ialah untuk menjadi negara pengeluar kereta dan bukan sebaliknya, iaitu pengguna semata-mata.

Jun tahun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan bercadang mewujudkan jenama kereta nasional baharu, bagi menggantikan Proton yang tidak dianggap sebagai jenama nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.

Mesyuarat Jawatankuasa koordinasi Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP) pada 12 Oktober dan 14 Disember tahun lalu bersetuju Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dijadikan penyelaras kepada kementerian yang terbabit dalam projek terbabit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: