04.jpg

Hannah Sarah Tan (lahir di Pulau Pinang, Malaysia pada 25 Oktober 1981)[a] ialah seorang pengacara televisyen dan bekas ratu cantik dari Malaysia. Kini beliau menceburi bidang muzik di bawah gelaran hannah t.

Biografi

Hannah Tan yang berketurunan kacukan Cina (sebelah bapa) dan Kelabit (sebelah ibu) menempa nama setelah mendapat tempat ketiga dalam Miss Global Petite International World Finals 2002/2003 di Montreal, Kanada.

Setelah itu, beliau memasuki persada televisyen Malaysia dan muncul dalam berpuluh-puluh iklan (cetak dan TV) serta juga ditampilkan dalam banyak rencana akhbar dan majalah. Belaiu juga memainkan peranan pengacara bagi rancangan seperti Ringgit Sense, Motorsports@Petronas dan What Women Want.

Belaiu mengeluarkan album berbahasa Inggeris berjudul “Crossing Bridges” yang diikuti dengan single khusus perayaan Krismas berjudul “Timeless Christmas”. Single pertamanya ialah “In Between” yang memenangi kategori Pop Terbaik di Anugerah MET 10 2006.

Belaiu pernah muncul dalam majalah-majalah Cleo, Her World, KLUE, Cinema Online, HOT, FHM, Eve Adam*, Traffic, dan Stuff.

Pada tahun 2007, saluran anime Animax melantik Hannah sebagai duta produk mereka, sekaligus menjadikan beliau duta “live-action” pertama bagi rangkaian animasi ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.