04.jpg

- Advertisement -

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984)[kaki 1] atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang” dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.

Pada 2003, Fasha membuat penampilan filem pertama menerusi filem Black Maria sebagai pelakon tambahan. Filem beliau seterusnya ialah filem komedi muzikal Bintang Hati (2004). Antara 2005 dan 2007, Fasha menjayakan watak tajuk dalam siri drama TV3, Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.

Fasha mempunyai pelbagai peranan utama dalam filem-filem terkenal beliau termasuk dua siri filem aksi komedi adiwira Cicak-Man (2006–08), sebagai gadis pulau Nia dalam filem 9 September (2007), sebagai pelumba kereta dalam filem aksi Evolusi KL Drift (2008), dan filem komedi keluarga Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Siri televisyen yang dibintanginya termasuk Cinta Elysa (2011), Alif Imani (2014) dan Lara Aishah (2016).

Perkembangan terkini (2014–kini)

Fasha digandingkan bersama pelakon baru, Dazrin Kamarudin menerusi drama Miranda yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3 pada 5 Mei 2014. Ia mengisahkan tentang Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas putus tunang dengan lelaki pilihan ibu tirinya. Drama arahan Along Kamaludin dan ditulis oleh Sharifah Abu Salem ini turut dibintangi oleh Eizlan Yusof, Zila Bakarin, dan Roy Azman. Selepas Miranda, Fasha membintangi pula drama waktu perdana Selamat Pengantin Madu, memegang watak sebagai Hana, bersama Aiman Hakim Ridza dan Eina Azman yang bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 3 September 2014.

Pada 6 Ogos 2014, Fasha berlakon di samping Aaron Aziz, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir menerusi drama 13 episod Tentang Hati arahan Feroz Kadir terbitan Global Station Sdn Bhd yang mengisi slot Selekta Prima di TV2. Ia mengisahkan tentang Azia, pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan dan pada masa yang sama, Umar turut menyimpan perasaan kepada Azia.

Fasha bersama Ummi Nazeera, Fezrul Khan dan Amar Baharin membintangi drama Alif Imani arahan Keoi Hj. Khalid (Allahyarham) yang disiarkan di Slot Ratu TV9 dari 13 November 2015 hingga 22 Januari 2016, beliau memegng watak sebagai Mahsuri. Pada 25 Mei 2016, Fasha bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.

Fasha kembali bekerja di bawah arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen menerusi filem komedi santai Anak Mami Nasi Kandaq selepas kali terakhir bekerja dengan A. Razak menerusi filem 4 Madu pada 2010. Dalam filem ini, Fasha memegang watak sebagai Fuziah, salah seorang daripada lima anak Mamu Nizam. Filem ini membuka tayangan di pawagam pada 6 Julai 2016, turut membintangi filem ini ialah adiknya, Elisya Sandha, Ezzaty Abdullah dan Nur Risteena. Pada Julai 2016 juga, Fasha berlakon dalam filem Dukun Dr. Dani arahan sulung Sabri Yunus bersama Taufik Batisah, Amerul Affendi, Raysha Rizrose dan Yus Jambu.

Fasha memegang watak protagonis bersama Nazim Othman dalam siri telenovela Lara Aishah yang diadaptasi dari telenovela Mexico, La Loba. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Aishah, isteri kepada Iskandar. Siri ini disiarkan di Astro Prima dari 29 Ogos 2016 hingga 13 Januari 2017. Peranan beliau seterusnya ialah sebagai Dr. Vanida/Vivy dalam siri Syurga yang Kedua yang diadaptasi daripada sinetron Indonesia dengan judul sama, lakonan Siti Elizad dan Zarul Umbrella, dan disiarkan serentak di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Melengkapkan diari kerjaya seninya, pada November 2017, Fasha menubuhkan syarikat penerbitannya FS Creative Sdn. Bhd. yang menyaksikan percubaan sulung Fasha sebagai penerbit. Projek televisyen sulung syarikat ini, drama komedi 50 episod Mamu Mami Gosip yang mana beliau turut menyumbangkan idea dan menulis skrip.

Fasha kembali bekerja di bawah Prof. Madya Abdul Razak menerusi filem komedi cereka sains, Badang yang ditayangkan di pawagam pada 15 Februari 2018, filem ini merupakan penampilan pertama usahawan terkenal Aliff Syukri Kamarzaman di layar lebar dan turut dibintangi oleh Fauzi Nawawi. Beliau menjayakan watak sebagai Nurhidayah dalam siri TV Teratai Kemboja, beliau digandingkan sekali lagi dengan Adi Putra. Drama ini menjalani penggambaran di Kemboja dan bersiaran di Slot Zehra pada 13 April 2018.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: