Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor – Daerah Sepang terkenal dengan litar Formula One yang menjadi tempat menarik tumpuan bagi peminat sukan lumba kereta.

Daerah sepang terletak di bahagian paling selatan di negeri Selangor dan dibahagikan kepada 3 mukim pentadbiran iaitu Sepang, Dengkil dan Labu. Keistimewaan Sepang juga kerana ianya terletak di persisiran laut Selat Melaka.

Apapun, sebelum meneroka lebih jauh daerah Sepang, anda boleh membaca tentang tempat menarik negeri Selangor yang seronok untuk dilawati. Di samping anda boleh mencari homestay di Selangor untuk penginapan sekeluarga.

Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor

53.jpg

- Advertisement -

Jeti Memancing Wan Sempuh – Tempat menarik bagi peminat dan kaki pancing bolehlah ke jeti yang tidak jauh dari pantai Bagan Lalang. Anda tidak perlu pergi jauh ke tengah laut, cukup hanya di Jeti Memancing Wan Sempuh sahaja anda berpeluang membawa pulang ikan-ikan jenis mahal seperti siakap, kerapu, jenahak dan senangin.

Yang menariknya anda boleh membeli keperluan memancing di sini seperti umpan dan sebagainya serta di sini juga ada menyediakan perkhodmatan sewa bot. Namun anda akan dikenakan sedikit bayaran masuk.

54.jpg

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) – KLIA dan KLIA II terletak di sini. Antara lapangan terbang yang termaju di dunia. Boleh saja membawa anak-anak ke sini untuk melihat kapalterbang yang canggih-canggih sebagai motivasi kepada mereka. Jangan terkejut kerana di lapanganterbang ini juga ada menjual roti canai berserta kari kambing di level tiga. Juga terdapat banyak hidangan paling sedap di KLIA 2.

55.jpg

Go-Kart Sepang – Jika anda rasa teringin memandu sendiri Go-Kart dengan lebih seronok, berkunjung saja ke Go-Kart Sepang, impian anda akan dipenuhi. Litar Go-Kart Sepang dikendalikan oleh City Karting. City Karting menawarkan perkhidmatan sewa Go-Kart yang profesional kerana ianya sebuah syarikat yang juga menyediakan perkhidmatan yang sama di Shah alam dan Langkawi. Litar ini dibuka pada jam sepuluh pagi hingga tujuh petang.

Acara di sini bukan sahaja disertai oleh pelumba-pelumba dalam negeri, malah pelumba dan peminat antarabangsa juga turut mengambil bahagian.

56.jpg

Litar Lumba Antarabangsa Sepang – Sebuah litar lumba yang bertaraf antarabangsa, siap dibina pada tahun 1998 dengan perbelanjaan ratusan juta ringgit dan pernah mengumpulkan pelumba-pelumba bertaraf dunia. Litar ini dapat menampung seramai 30 ribu orang di bahagian berbumbung dan 100 ribu orang pada bahagian terbuka dalam satu-satu masa.

Jika anda ingin mengambil bahagian dalam perlumbaan boleh sahaja berhubung dengan pihak pentadbiran litar ini dan dapatkan maklumat-maklumat untuk menyertai perlumbaan disini.

57.jpg

Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut – Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan. Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.

58.jpg

Pantai Bagan Lalang – Pantai yang landai dengan panorama pemandangan yang cantik terutama waktu matahari terbenam. Pantai ini tidak sesuai untuk mandi-manda kerana pantainya berlumpur, namun semasa air surut kita boleh berjalan kaki ketengah sejauh hampir 400 kaki sambil melihat hidupan laut yang menyeronokkan.

Boleh saja menginap di sini kerana terdapat beberapa buah hotel, resort dan homestay di sini seperti Avani Gold Coast Sepang, Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Seri Bayu Resort Hotel, dan Bagan lalang Beach Resort.

Antara aktiviti tepi pantai yang popular di sini ialah bermain layang-layang dan menunggang kuda.

59.jpg

Avani Gold Coast Sepang – Ingin menginap chalet terapung di atas air? Avani Gold Coast Sepang akan memenuhi keperluan anda. Resort terapung yang bertaraf mewah menyediakan penginapan yang selesa di tengah laut. Mempunyai 315 buah chalet dan resort terapung yang disusun berbentuk pokok kelapa sawit jika dilihat dari udara.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: