04.jpg

- Advertisement -

Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah tampil dalam beberapa drama televisyen dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina.

Nelydia juga terkenal dengan beberapa peranan TV termasuk Friday I’m In Love (2012), Cinta Jannah (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia (2014), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) serta Lafazkan Kalimah Cintamu (2018). Selain peranan di televisyen, Nelydia juga terkenal dengan peranannya di layar lebar termasuk watak sebagai Nurul dalam Cinderella (2013) dan sebagai Zizie dalam Mat Tudung (2014). Melangkaui kerjaya lakonannya, Nelydia merupakan pengasas bersama produk kecantikan Secret of Senrose.

2015–kini: Peningkatan kerjaya dan kesinambungan kejayaan

Pada Mei 2015, Nelydia membawakan kembali watak Aunty Lisa dalam siri televisyen kanak-kanak, Strawberi & Karipap musim kedua yang bersiaran di Astro Ceria, bersama Mia Sara Nasuha dan Raykarl Iskandar.

Beliau seterusnya membuat penampilan khas sebagai Wanita Misteri bernama Jasmin dalam siri drama waktu perdana adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan kakaknya, Uqasha dan Hafidz Roshdi yang bersiaran di Slot Akasia TV3 dan disiarkan pada 17 Februari hingga 7 April 2016.

Nelydia menjadi bintang utama bersama Hafeez Mikail dan Nazrief Nazri dalam siri televisyen waktu perdana TV3, Lara Terindah; beliau menjayakan watak sebagai Elena. Siri ini disiarkan pada 31 Ogos hingga 22 September 2016.

Pada 15 Januari 2018, Nelydia menjayakan watak sebagai Tengku Aqilah, seorang gadis yang tersisih dari keluarganya menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu arahan Along Kamaluddin yang diadaptasi daripada novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah. Beliau digandingkan bersama Dato’ Farid Kamil yang melakonkan watak Tengku Ryan dan pendatang baharu, Nadiyah Shahab yang memegang watak Tengku Natasha.

Pada Mei 2018, Nelydia menceburi rekaan fesyen dengan terlibat dalam sebuah projek khas baju raya di bawah jenama sendiri. Selain itu, beliau juga melancarkan koleksi pakaian tidur.

Dari 10 Julai hingga 26 November 2018, Nelydia digandingkan bersama Aedy Ashraf, Ben Amir dan Atikah Suhaime dalam drama adaptasi telenovela Filipina terkenal iaitu Sana’y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN yang dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa, yang diberi judul Cinta Tiada Ganti. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian. Pertemuan yang tidak disengajakan di atas kapal menyebabkan berlakunya beberapa insiden kecil dan akhirnya mereka jatuh cinta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: