47

- Advertisement -

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan skuad kendaliannya sudah bersedia untuk mengharungi ‘tempoh genting musim ini dengan menakjubkan’ dalam usaha Liverpool menamatkan kemarau 29 tahun menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris.

Selepas mengharungi dua keputusan seri menentang Leicester dan West Ham, laluan kelab dari Merseyside itu kembali ke landasan selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan terakhir liga.

Skuad dengan jolokan Reds itu ketika ini menghuni tangga kedua liga dan dijarakkan dengan perbezaan jaringan bersama penyandang juara, Manchester City yang sudah bermain lebih satu perlawanan.

Justeru, Liverpool boleh kembali merampas kedudukan teratas jika mereka berjaya mengelak kekalahan menentang seteru utama, Manchester United pada aksi di Old Trafford, esok.

Semua pertembungan di antara kedua-dua kelab gergasi Inggeris itu boleh dianggap sebagai pertemuan yang besar tetapi perlawanan kali ini memberi lebih makna terhadap Liverpool yang memburu gelaran liga.

Dan Klopp sedar kepentingan perlawanan berkenaan tetapi yakin barisan pemainnya sudah bersedia.

“Semua orang tahu dalam bola sepak yang perlawanan Manchester United menentang Liverpool adalah salah satu perlawanan terbesar dalam dunia bola sepak,” kata Klopp. “Kami perlu bersedia untuk mengharunginya dan perlu terus bermain.

“Sejujur-jujurnya, kami berada dalam keadaan yang bagus. Kami mengharungi masalah kecil dua atau tiga minggu lalu apabila kami seri dua kali tetapi kami mempunyai peluang untuk mengharungi tempoh terakhir musim ini dengan menakjubkan, dengan salah satu perlawanan paling sukar menjadi permulaan.

“Kami perlu bersedia untuk mengharungi kesemuanya. Kini ia adalah yang benar-benar besar. Saya mengetahui dan menghormatinya. Kamu fikir ia hanya perlawanan besar untuk Manchester United? Jika kamu pergi ke bilik persalinan kami, kamu akan tahu ia perkara yang besar.” – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: