6 Tempat Menarik Di Taiping (Best Jalan-Jalan Sini)

0

Tahukah anda? Terdapat beberapa tempat menarik di Taiping yang dikatakan tempat lagenda yang tertua di negara kita.

Istimewanya Taiping kerana tempat-tempat yang anda bakal lawati ini bukan sekadar untuk mengisi waktu cuti sahaja, tetapi juga anda dan keluarga dapat bercuti sambil belajar.

Anda boleh mulakan lawatan anda di Taiping dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah. Setelah isi minda dengan fakta-fakta sejarah, anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit.

Setelah penat beriadah, anda juga boleh ke tempat rekreasi air untuk menyegarkan diri. Cukup lengkap dan pelbagai jenis aktiviti yang ada boleh lakukan di Taiping. Pasti anda akan teruja untuk bercuti di sini.

6 Tempat Menarik di Taiping

1) Zoo Taiping

69.jpg

- Advertisement -

Antara tarikan utama di Taiping adalah Zoo Taiping. Tahukah anda? Zoo Taiping adalah zoo yang pertama di Malaysia. Zoo ini berkeluasan 30 ekar serta memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang bebas bergerak di dalam habitat semula jadi mereka. Selain itu, Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Haiwan-haiwan ini lebih aktif pada waktu malam. Semakin aktif haiwan-haiwan ini, semakin seronok anda dapat melihat pelbagai aksi haiwan di sini.

Istimewanya Zoo Taiping adalah aa terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM8.50

Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

2) Muzium Perak

70.jpg

Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Senibina mangunan muzium ini berentuk neo-klasik Inggeris.

Muzium ini mempamerkan lebih daripada 8000 koleksi barangan kebudayaan, arkeologi dan alam semula jadi. Sesetengah daripada bahan yang dipamerkan di sini telah diklasifikasikan sebagai koleksi limited edition yang berusia lebih daripada seratus tahun dan sukar ditemui ataupun semakin pupus. Antara yang dapat dilihat di muzium ini adalah spesimen haiwan, artifak kraftangan, tembikar dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Bawah 12 Tahun & Berpakaian Sekolah Percuma

Lokasi: Jalan Taming Sari, Taiping, 34000

3) Old House Museum

71.jpg

Old House Museum merupakan sebuah rumah kedai lama yang telah dibina pada sekitar tahun 1880 oleh seorang ahli perniagaan Cina, Lim Zi You.

Rumah kedai kayu ini terletak berhadapan dengan Market Square Taiping. Rumah kedai ini nampak kecil dari luar, jangan terkejut kerana kawasan di dalamnya besar memanjang ke belakang, malah dilengkapi dengan taman indoor.

Old House Museum dipenuhi dengan pelbagai barangan antik yang terdiri daripada perabot, tembikar China, koleksi radio-radio klasik dan banyak lagi. Barang-barang antik ini bukan sahaja untuk dipamerkan, malah ada sesetengahnya boleh dibeli.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00pagi – 6.00petang) | Sabtu & Ahad (9.30pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3 | Bawah 6 Tahun Percuma

Lokasi: 2A, Market Square, 34000 Taiping

4) Muzium Matang

72.jpg

Muzium Matang pada asalnya adalah sebuah rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut. Koleksi pameran di muzium ini terdiri artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu. Secara tidak lagsung, anda akan dapat belajar dan mengetahui sejarah zaman penjajah di Perak.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

Lokasi: Kompleks Sejarah Matang, Jabatan Muzium & Antikuiti Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Taiping

5) Rumah Rehat Lama

73.jpg

Rumah Rehat Lama yang kini dikenali sebagai Lagenda Inn, terletak berdekatan Stesen Keretapi Taiping.

Rumah Rehat Lama mula dibina pada 1887. Asalnya, ia sebuah bangunan satu tingkat yang dibina untuk dijadikan rumah kediaman gabenor Perak. Kemudian, ia dinaiktaraf oleh Pihak British menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894.

Terpahat tulisan ‘Rest House 1894’ pada pediment rumah klasik ini, seterusnya menjadikan ia rumah rehat yang pertama di Tanah Melayu.

Lokasi: Rest House, Station Road, Taiping

6) Spritzer Eco Park

74.jpg

Dengar nama Spritzer, mesti kita terbayang air mineral kan? Ya. Syarikat air mineral ini juga mempunyai hartanahnya tersendiri di Taiping, iaitu Spritzer Eco Park. Di taman rekreasi ini, selain daripada menikmati landskap taman yang cantik dan semulajdi, anda juga boleh mendapatkan info tentang pemprosesan air mineral di ruang The Discovery Tunnel.

Malah, terdapat juga ruang Kidz Zone bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang ingin menjalankan aktiviti reka cipta menggunakan barangan kitar semula seperti kotak dan botol minuman.

Terdpat juga lapangan mini golf sebanyak 18 lubang untuk anda sekeluarga beriadah bersama dengan bayaran yang berpatutan.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00pagi & 3.00petang) | Sabtu (11.00pagi)

Lokasi: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000, Taiping

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: