Selebriti Malaysia- Emma Maembong

- Advertisement -
Fatimah Rohani binti Ismail (lahir 27 Mac 1992) atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong, merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah, sebagai Nawwal Husna dalam Projek Memikat Suami, sebagai Aleesa dalam Astana Cinta Aleesa, sebagai Aryana dalam Yes Boss, sebagai Medina Izwani dalam Isteri Separuh Masa, sebagai Farhah dalam Tersuka Tanpa Sengaja dan sebagai Emma Harlini dalam #AssalamualaikumCinta.
Kerjaya
Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama bapanya, Ismail Embong untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah. Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah. Menurut Emma, beliau yang pertama kali menggambarkan watak seperti Munirah, yang merupakan seorang watak yang sangat mencabar (perempuan yang terjebak dengan kekasihnya).
Selepas selesai lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu. Walaupun dia hanya berlakon sebagai watak sampingan, dia juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia. Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.
Emma membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi watak sebagai Jenab dalam filem komedi seram gelap Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid, beliau digandingkan bersama Saiful Apek dan Zizan Raja Lawak. Selepas itu beliau membintangi bersama Amar Baharin, Amyra Rosli dan Hafreez Adam dalam drama komedi romantik adaptasi novel, Tersuka Tanpa Sengaja. Selain itu, beliau juga terkenal menerusi gandingannya bersama Aiman Hakim Ridza menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria.
Emma digandingkan sekali lagi bersama Aiman Hakim dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang difilemkan di Korea Selatan dan ditayangkan pada 30 Mac 2017. Pada bulan Januari 2019, Emma Maembong juga telah menjadi tular di seluruh platform Internet kerana membuat keputusan yang sah untuk membuka tudungnya setelah 5 tahun mengenakannya berikutan isu negatifnya dengan abang kepada seorang menteri.ri.
Kehidupan peribadi
Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik. Bapanya berketurunan Melayu manakala ibunya berketurunan Scotland. Ibu bapanya telah bercerai dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelukis Malaysia dan beliau juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan. Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong. Adik Emma Chacha Maembong dan kakaknya Yaya Maembong juga seorang pelakon. Pada tahun 2014 Emma mula bertudung.
Emma hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun mendapat banyak kritikan, Emma menjelaskan bahawa dia sebenarnya memilih untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai seorang adik di rumah yang tidak dapat berjalan. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pelajaran, walaupun dia mengaku tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu mengikut jejak langkah bapanya.
Sekitar 2015, beliau dilaporkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli. Pada tahun 2017, hubungan mereka dikatakan sudah putus kerana orang ketiga. Ketika Kamal memenangi SuperSpontan Superstar, kelihatan Emma datang dan mengucapkan tahniah kepada Kamal. Selepas itu, desas-desus mengatakan mereka sudah kembali menyulam cinta. Sehingga kini, hubungan mereka dalam teka teki, tidak diketahui cerita sebenar hubungan mereka itu. Emma sebelum ini pernah dihebohkan menjalin hubungan dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak sekitar 2011. Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.