04.jpeg

Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng (Cina Tradisional: 楊紫瓊, Cina Ringkas: 杨紫琼, pinyin: Yáng Zǐqióng; lahir 6 Ogos 1962) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang tinggal di Hong Kong. Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau telah dipilih oleh Majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di dunia pada 1997.

Beliau terkenal setelah berlakon dalam filem antarabangsa ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’. Beliau juga pernah berlakon dalam filem James Bond,’Tomorrow Never Dies’ (1997).

Michelle Yeoh Corner

Pada tahun 1983, ketika berusia 21 tahun, MIchelle Yeoh telah memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983.Dengan kejayaannya itu, beliau telah mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Miss world 1983 yang telah diadakan di London. Pada 21 April 2010, beliau telah dilantik sebagai Ikon Membaca 1Malaysia. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kie . Michelle Yeoh Corner ditubuhkan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur bagi membolehkan pembaca tempatan mengetahui mengenai buku-buku yang pernah dibacanya. Setiap bulan beliau membaca 15 buah buku pelbagai genre termasuk fiksyen mahukan seram. Koleksi buku milik beliau akan ditempatkan di sudut bacaan itu.

Pada 2011, Michelle Yeoh telah diusir keluar dan disenarai hitamkan atau telah diharamkan masuk oleh negara Myanmar. Beliau diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar. Pada Disember tahun 2010 yang lalu, Michelle Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan negara Myanmar iaitu pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi tersebut bertajuk, ‘The Lady’ (2011), arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand. Dalam filem arahan Luc Besson tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Aung San Suu Kyi yang memaparkan perjuangan kearah negara demokrasi. Disebabkan itu Michelle Yeoh telah diharamkan masuk ke negara Myanmar.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.