Sudah beberapa kali kami tegaskan dalam artikel sebelum ini yang negeri Pahang Darul Makmur menyimpan pelbagai khazanah alam. Ini menjadikan Pahang mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik untuk di lawati. Maka dalam artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa tempat menarik di Raub.

Disebalik hutan tebal di daerah, ini tersimpan beberapa tempat menarik yang berbaloi untuk dikunjungi. Dari tempat rekreasi seperti air terjun hinggalah ke pusat penginapan eksklusif.

Ketenangan Raub yang dikelilingi hutan rimba membuatkan ia sesuai sekali menjadi destinasi untuk lari dari kesibukan kota.

#1 Tanah Aina Resort

Siapa sangka yang hutan tebal di mukim Tras mempunyai sebuah tempat penginapan eksklusif. Tanah Aina menjanjikan percutian yang lain dari yang lain. Ini kerana mereka menggunakan konsep ‘eko-pelancongan’ di mana resort ini tidak mencemarkan hutan dan alam sekitar.

Sebelum anda ke sini anda perlu bersedia bahawa talian internet/wifi dan telifon.

59.jpg 60.jpg

Tetapi ia digantikan dengan pemandangan mempersonakan. Apabila kita menyebut tentang percutian eko, segalanya back to basic.

Anda berpeluang mandi-manda bersama ikan eksotik yang berenang mengelilingi kaki dengan kedalaman air separas lutut.

Di sini, anda boleh memilih untuk menginap di kabin mewah ataupun kemah menarik yang mereka dirikan.

Alamat: 8, 27600 Raub, Pahang (Google Maps Location)

#2 Bukit Fraser

Ada yang menggelarkannya sebagai ‘Little England’ kerana bukan sahaja bersuhu rendah tetapi reka bentuk kebanyakkan bangunan zaman kolonial British yang ada di tanah tinggi ini.

61.jpg

Bukit Fraser adalah antara lokasi terbaik buat mereke yang mendambakan suasana rehat yang tenang. Keindahan alamnya juga cukup indah, sesuai untuk percutian bersama keluarga, rakan, mahupun bulan madu yang romantis.

Dengan suhu minimum 15 hingga 25 darjah Celsius setiap hari, banyak aktiviti best yang anda boleh lakukan di sini seperti melawat Pusat Burung Interaktif, sewa boat berkayuh di Allan’s Water, menunggang kuda, dan banyak lagi.

(Google Maps Location)

#3 Jeram Besu

Terletak di Sungai Lipis iaitu 30km dari pekan Raub. Jeram Besu merpakan sebuah tempat rekreasi aktiviti lasak seperti berakit, berkenu, kayak, merentas hutan, dan berkhemah.

Untuk melakukan aktiviti lasak ini, anda boleh berhubung dengan Whoa Adventures kerana mereka menyediakan perkhidmatan, peralatan, keselamatan yang mencukupi.

Jeram Besu sentiasa menjadi tumpuan terutamanya pada hujung minggu kerana tempat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat solat, tempat letak kereta, kedai makan, wakaf, dan rumah istirehat.

62.jpg

Anda juga boleh bermandi manda di air terjun di sini. Ini membuktikan sebenarnya banyak tempat menarik di Pahang.

Alamat: Lot 1937, Jeram Besu, Mukim 27300, Benta, Pahang, Kampung Jeram Besu, 27300 Sega, Pahang (Google Maps Location)

#4 Raub Durian Orchard

Ramai yang membayangkan buah durian apabila menyebut tentang Raub. Tidak dinafikan daerah ini memang terkenal dengan tanaman raja buah itu. Salah satu tempat menarik di Raub yang perlu anda lawati adalah Raub Durian Orchard.

Kawasan tanaman yang berkeluasan 10 ekar ini terletak kira-kira 15 minit dari bandar Raub. Terdapat lebih 400 pokok durian dari pelbagai kacukan. Bagi penggemar durian, inilah syurga dunia buat anda.

63.png

Selain itu banyak lagi pokok buah-buahan tempatan yang ada di sini seperti manggis, rambutan, pulasan, dan pisang. Tidak cukup dengan itu pengunjung juga dibenarkan memancing di sini.

Nombor telefon: 019-965 9612 (Eddie)

Facebook: https://www.facebook.com/Raubdurianorchard/https://www.facebook.com/Raubdurianorchard/

Alamat: 27600 Raub District, Pahang (Google Maps Location)

#5 Pulau Chekas

Geografi Pulau Chekas ini cukup menakjubkan kerana sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungi. Sungai ini pula terbahagi keada dua iaitu alur sungai berbatu yang mengalir deras dan yang satu lagi lebih tenang.

Pada hujung minggu ramai yang memnuhi Pulau Chekas ini kerana kawasannya yang tenang dan terjaga.

Terdapat banyak tempat duduk dan wakaf yang sesuai dijadikan kawasan perkelahan.

64

Untuk kanak kanak, terdapat sebuah kolam kecil bersama papan gelungsur. Bolehlah anda bawa anak-anak kecil bermandi manda di sini.

Alamat: lot 910, Jalan Dong – Ulu Dong, Kampung Peruas, 27600 Raub District, Pahang (Google Maps Location)

#6 Lata Jarum

Sebuah lagi tempat menarik di Raub yang perlu anda kunjungi. Ia merupakan kawasan air terjun yang dikelilingi alam semulajadi yang indah. Dari jalan besar, anda hanya perlu menyelusuri jalan berturap hanya beberapa minit sahaja untuk ke sini.

Berbeza dengan kawasan air terjun lain, Lata Jarum mempunyai sungai yang berpasir. Ini sesuai dijadikan sebagai tempat bermandi manda.

65.jpg

Anda tidak perlu risau akan kemudahan awam kerana segalanya cukup lengkap di sini seperi surai, wakaf, tempat letak kereta,, tandas, dan bilik persalinan.

Ingin bermalam di sini? Boleh. Terdapat khemah yang boleh di sewa atau chalet yang diperbuat daripada buluh.

Alamat: 27600 Raub, Pahang (Google Maps Location)

Jika anda mempunyai banyak masa terluang, anda boleh memandu dan melawat tempat menarik di Bentong. Seperti Bukit Tinggi, Cameron Highland & Genting Highland.

Atau anda juga boleh ke Temerloh iaitu 101km dari Raub. Banyak juga tempat menarik di Temerloh khususnya taman tema Gambang.

Kebanyakkan tempat menarik di Raub ini membuatkan anda lebih dekat dengan alam sekitar. Bagus juga jika sekali sekala kita keluar dari zon selesa dengan bercuti di tempat sebegini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.