4 Lokasi Menarik Di Gopeng Untuk Lawatan Sehari Anda Ke Pekan Kecil Ini

0

57

- Advertisement -

4 Lokasi Menarik Di Gopeng Untuk Lawatan Sehari Anda Ke Pekan Kecil Ini

Pekan Gopeng sebenarnya adalah sebuah pekan kecil yang menarik untuk dikunjungi di Perak. Sesiapa yang hilang idea dan tak tahu nak bawa sekeluarga berjalan-jalan di hujung minggu, pertimbangkan kunjungan ke Gopeng. Jika dari Ipoh, anda perlu memandu kira-kira 30 minit untuk ke Gopeng.

Banyak sebenarnya tempat menarik di kawasan Gopeng. Cuma ramai yang belum tahu keistimewaannya. Kalau tak terokai sendiri, mana nak tahu kan? Jom tinjau apa yang ada di Gopeng.

MUZIUM GOPENG

Muzium Gopeng yang kecil ini banyak mempamerkan barang-barang bersejarah berkaitan Perak terutamanya berkenaan Gopeng sejak tahun 1850 – 1900. Banyak barang-barang lama yang pernah digunakan oleh orang-orang pada zaman dahulu dipamerkan untuk tatapan pengunjung. Disinilah juga terdapatnya Gopeng Heritage House yan

Alamat : Jalan Sungai Itik , 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi : 9 pagi – 3 petang (Sabtu & Ahad sahaja)

Tiada bayaran dan sumbangan daripada pelawat dialu-alukan.

GUA TEMPURUNG

Lawatan seterusnya ialah ke gua batu kapur yang telah wujud sejak 8000 SM lagi iaitu Gua Tempurung. Terokai gua batu kapur ini dan saksikan sendiri betapa menariknya struktur batuan meliputi seluruh gua. Kemudahan pejalan kaki seperti titian, tangga dan lampu untuk memudahkan para pengunjung berjalan-jalan. Gua ini sepanjang 1.9 km.

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 4.30 petang (setiap hari kecuali Hari Raya Aidilfitri),

Tutup Jumaat (12.30 – 2.30 petang)

Ada pakej untuk terokai Gua Tempurung disediakan oleh pihak pengurusan. Anda boleh layari laman web Gua Tempurung

GAHARU TEA VALLEY

Seterusnya anda boleh melawat Gaharu Tea Valley. Tetapi anda jangan keliru pula. Ini bukanlah ladang pokok teh yang sedap di minum itu tetapi merupakan ladang seluas 200,000 hektar pokok gaharu. Pelawat akan dibawa mengelilingi keseluruh ladang. Anda juga boleh beli barang-barang seperti teh gaharu dan minyak wangi. Anda boleh lawati Facebook page Gaharu Tea Valley untuk lihat gambar-gambar dan info menarik.

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari)

SUNGAI ITEK BAGI YANG AKTIVITI WATER RAFTING

68.png

Bagi yang meminati aktiviti sukan air yang lasak, anda boleh sertai aktiviti white water rafting yang biasanya dilakukan oleh penganjur berlesen di Sungai Itek. Anda boleh search di Google syarikat pelancongan dan aktiviti yang menawarkan aktiviti White Water Rafting di Sungai Itek atau mana-mana sekitar Gopeng.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: