Pahang adalah salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan khazanah eko pelancongan. Kepelbagaian struktur muka buminya seperti gunung-ganang, tanah tinggi, dan keindahan pantai, membuatkan Pahang sering menjadi destinasi percutian pilihan. Di daerah Jerantut contohnya, mempunyai banyak tarikan semula jadi. Terdapat beberapa tempat menarik di Jerantut yang anda boleh pergi.

#1 Taman Negara

Seperti yang kita tahu, Taman negara merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia. Ia bukan sahaja kaya dengan keindahan flora dan fauna, malah menempatkan beberapa buah gua batu kapur yang unik.

Taman Negara tidak ernah lekang dari kunjungan pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara. Apa yang anda boleh lakukan di Taman Negara? Banyak! Pihak Taman Negara telah membinya canopy walk iaitu jambatan gantung sepanjang 400 meter pada ketinggian 25 meter.

50.jpg

Canopy walk ini membolehkan anda melihat keindahan hutan dengan lebih jelas, mudah, dan selamat.

Banyak lagi aktiviti di Taman Negara yang anda boleh lakukan. Antaranya seperti memancing, jungle trekking, berkhemah, memasuki gua, dan lain-lain. Ia bergantung kepada pakej yang anda pilih.

Jika berminat dengan pakej Taman Negara, anda boleh layari http://www.tamannegararesort.com/ untuk maklumat lanjut.

Alamat: 27000 Jerantut, Pahang (Google Maps Location)

#2 Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Kalau anda pernah dengar kisah Sang Kelembai, di sinilah tempat yang sering dikaitkan dengan mitos berkenaan. Terdapat banyak gua di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi ini. Antaranya:

Gua Tongkat
Gua Angin
Gua Batu Sanding
Gua Kota Balai
Gua Penyu Gua Kelawar

Khabarnya kawasan ini merupakan sebuah kota sebelum di sumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai.

Menariknya, anda boleh masuk ke dalam gua ini dengan kereta. Jika anda masuk ke dalam gua dengan lebih dalam, terdapat aliran air yang jernih.

51.jpg

Alamat: Kampung Sungai Batu, 27070 Jerantut, Pahang (Google Maps Location)

#3 Galeri Mat Kilau

Galeri Mat Kilau menjadi salah satu tempat menarik di Pahang sejak ia dibuka pada 2015. Ia menempatkan pelbagai artifak sejarah berkaitan Mat Kilau dan bapanya, Tok Gajah ketika menentang British pada 1882.

Pameran dipaparkan dalam pelbagai bentuk seperti visual, patung, audio, serta visual. Ini adalah untuk memastikan pengunjung dapat memahami dan lebih menghargai jasa pejuang Melayu pada zaman dahulu.

52.jpg

Harga tiket: RM2

Waktu Operasi: 10 am – 5 pm

Alamat: Galeri Mat Kilau, Kompleks Galeri dan Sukan Komuniti, Jalan Pulau Tawar – Durian Hijau, 27000 Jerantut, Pahang (Google Maps Location)

#4 Air Terjun Lata Meraung

Lata Meraung merupakan lokasi air terjun di Jerantut yang cukup popular. Ini kerana air terjun di sini cukup indah dan lain dari yang lain. Ia bukan sahaja berlatar belakangkang alam semula jadi yang indah, bahkan air yang mengalir di celah-celah batu terus jatuh ke dalam kolam.

53.jpg

Air terjun lata meraungsering menjadi tempat perkelahan orang ramai di hujung minggu.

Ia terletak kira-kira 15 minit dari bandar Jerantut. Kawasan ini menyediakan kemudahan tempat letak kereta, tandas awam, dan rumah rehat untuk pengunjung.

Alamat: 27000 Jerantut, Pahang (Google Maps Location)

#5 Tekam Plantation Resort

Jika anda nak merasai pengalaman bercuti di Jerantut dengan lebih selesa, kami cadangkan anda menginap di Tekam Plantation Resort.

Resort yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan getah ini cukup indah dan mewah. Ia menawarkan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti berbasikal sekitar kawasan, memancing, bahkan terdapat kolam renang yang luas.

54.jpg

Harga dari: RM120

Alamat: Kampung Behi, 27070 Jerantut, Pahang (Google Maps Location)

#6 i City Jerantut, Pahang

Taman i City Jerantut merupakan taman permainan dan tempat rekreasi terbaharu di daerah ini. Ia kini menjadi mercu tanda Jerantut. Pelbagai kemudahan dibina di sini seperti wakaf, buaian besar (Eye On Jerantut), keretapi mini, dan menempatkan banyak gerai makan.

55.jpg

Pada waktu malam, i Citu Jerantut bertukar ceria kerana lampu LED berwarna warni menyinari taman ini. Ia dibina persis i City Shah ALam.

Keindahan cahaya lampu ini sekali gus mengajak orang awam lepak dan meluangkan masa dengan berkualiti bersama keluarga dan rakan.

Alamat: Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang (Google Maps Location)

Hotel di Jerantut

Kalau nak teroka daerah Jerantut dalam masa satu hari memang tidak mencukupi. Apatah lagi jika anda banyak masuk hutan dan melakukan aktiviti fizikal di Taman Negara. Terdapat beberapa penginapan menarik di Jerantut yang boleh anda pilih pada harga yang berpatutan.

Jerantut Hill Inn – RM52
Nusa Holiday Village – RM179
Hotel Darul makmur – RM229
Hotel Inderapura – RM88

Tempat menarik di Maran

Maran terletak kira-kira 76 km dari Jerantut iaitu mengambila masa sekita 1 jam 15 minit pemanduan. Jika anda dalam perjalanan menuju ke Kuantan, singgahlah ke tempat-tempat menarik di Maran, seperti:

Sri Marathandavar Aalayam Maran
Air terjun Teladas
Hutan Lipur Teladas
Lubuk Ujed
Lubuk Yu

Tempat menarik di Temerloh

Temerloh bukan hanya terkenal dengan hidangan tempoyak ikan patin sahaja, tetapi banyak lagi tempat best yang boleh dilawati. Siapa ada tempat mandi manda lagi.

Kubang Gajah Waterpark
Taman Esplanade
Pasar sehari Temerloh
Dataran Patin
Wadi Al-Amin – Kolam Mandi Tahfiz Berhala Gantang
Krau Wildlife Reserve

Tempat menarik di Raub

Kawasan tanah tinggi yang popular di Malaysia. Persekitarannya nyaman dan banyak tarikan pelancongan yang anda boleh pergi.

56.jpg

Tanah Aina Resort
Bukit Fraser
Jeram Besu
Raub Durian Orchard
Pulau Chekas

Tempat menarik di Jengka
Gunung Senyum
Gunung Berantai

Selain dapat melihat khazanah alam yang indah anda juga boleh memlepajari tentang sejarah di daerah ini. Semoga tempat tempat menarik di Jerantut ini dapat memberikan pengalaman percutian yang berbeza untuk anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.