Pengembaraan saya ke Myanmar pada bulan Januari awal tahun ini merupakan antara termahal yang pernah saya buat. Saya ditemani tiga wanita lain untuk mengembara tiga bandar utama di Myanmar iaitu Yangon, Inle dan Bagan. Setelah menyiapkan itinerari dan bajet yang secukupnya, kami berempat pergi dengan kerisauan yang sedikit.

Risau kenapa?

Soalnya, Myanmar baru membuka dirinya kepada pelancong asing sejak dua tahun yang lalu. Lalu menjadikannya masih mentah dalam menerima pelancong asing yang saban tahun semakin bertambah dengan mendadaknya. Myanmar dikatakan masih mentah dari segi menyediakan fasiliti pelancong yang cukup dan lengkap serta servis pengangkutan yang efisyen. Oleh itu, kami mendapati sukar untuk mencari maklumat penginapan di internet serta juga rute dan transportasi awam yang sesuai. Namun kami tekad untuk teruskan saja walaupun persiapan perlu diperbaiki,

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, kami disambut mesra oleh seorang wanita Burma berserta spanduk dan bedak di mukanya. Kami dibawa ke pejabatnya untuk simpan beg sementara menanti tren pada pukul 4 petang.

Memandangkan hari masih muda iaitu dalam pukul 9 pagi, kami bersepakat untuk melihat bandaraya Yangon melalui sewaan teksi. Semasa rondaan itu, kami tergaman melihat banyak bangunan kolonial hasil jajahan British dulu dicantumkan dengan ciri-ciri Buddha.

52

- Advertisement -

Sebuah bangunan di tengah bandar

53.jpg

Yangon City Hall

54.jpg

Independent Pole

55.jpg

Shwe Dagon Pagoda

Ternyata Shwe Dagon Pagoda atau nama Inggerisnya “The golden pagoda” adalah daya tarikan pertama di Yangon.
Mengikut sejarah, pagoda emas ini telah wujud selama lebih 2,600 tahun lalu menjadikannya pagoda paling tua di dunia!

Setelah puas meronda bandar ala kolonial Yangon ini, kami sebelum pukul 3 petang, telah kembali ke pejabat tempat simpannya beg kami untuk menuju ke stesen tren. Sambung nanti di entri seterusnya setelah mengharungi perjalanan 17 jam atas tren untuk menuju ke Bagan, bekas ibu kota kerajaan Pagan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: