44

LONDON: Crystal Palace menandatangani penjaga gol Brazil, Lucas Perri secara pinjaman, umum kelab Liga Perdana itu hari ini.

Pemain berumur 21 tahun itu menyertai kelab selatan London dari Sao Paulo, dengan Eagles memberikan pilihan bagi Perri berpindah ke Selhurst Park secara tetap.

“Ia adalah perasaan yang mengagumkan, saya gembira dapat menyertai kelab ini. Dua bulan lalu, saya tahu (tentang) kemungkinan menyertai Palace,” kata Perri dalam laman web kelab itu.

“Sejak itu, saya rasa agak bimbang untuk ke sini kerana saya sangat mahukannya. Ia adalah perkara besar, sangat penting buat saya. Ia adalah peluang seumur hidup dan saya akan melakukan apa saja.”

Kecederaan Vicente Guaita dan Wayne Hennessey memaksa pengurus Palace, Roy Hodgson memilih pemain berumur 39 tahun, Julian Speroni mengisi kedudukan penjaga gol yang menyaksikan kekalahan 3-4 kepada pendahulu liga, Liverpool pada hujung lalu. – AFP

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.