Penjaga gol Palace didakwa tabik Nazi

77

LONDON: Penjaga gol Crystal Palace, Wayne Hennessey didakwa Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) selepas dituduh melakukan tabik Nazi ketika bergambar kumpulan bersama rakan sepasukannya.

Penjaga gol antarabangsa Wales, Hennessey didapati bergambar dengan gaya di mana tangan kanannya diangkat ke udara dan dipaparkan dalam laman Instagram pemain tengah Palace, Max Meyer.

Pemain berusia 31 tahun itu menafikan melakukan tabik berkenaan dan berkata dalam Twitter dia sedang memanggil seseorang untuk bergambar.

FA mendakwa tindakan itu melanggar peraturan berkaitan “Penyalahgunaan, menghina atau melakukan kelakuan tidak wajar dan membawa permainan kepada perbalahan.”

Turut dikatakan, tindakan Hennessey didapati sebagai ‘pelanggaran yang teruk’ di bawah peraturan FA kerana merujuk kepada asal etnik, kaum, agama atau kepercayaan.

Hennessey diberi tempoh sehingga 31 Januari ini untuk membalas tuduhan berkenaan. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: