HONOR View20 tampil hebat dengan lensa ultra 48MP

08

PARIS: HONOR, e-jenama telefon pintar terkemuka hari ini melancarkan model terbarunya, HONOR View20 dengan menawarkan kamera utama resolusi tinggi 48 megapixel (MP) dan dikuasakan dengan pemproses generasi baru 7nm Kirin 980.

HONOR View20 yang boleh didapati di pasaran Malaysia pada 26 Januari ini diperkenalkan dalam majlis pelancaran global telefon mercu milik jenama berkenaan.

Presiden HONOR, George Zhao, berkata telefon pintar siri HONOR View mendapat pujian pengkritik profesional dan peminat dengan menawarkan teknologi terbaru dan prestasi terbaik industri.

“Peminat HONOR amat aktif dan dinamik serta mereka memerlukan telefon pintar yang memberikan prestasi terbaik.

“HONOR View20 direka untuk memenuhi keperluan mereka. Pengkritik dari Pameran Pengguna Elektronik (CES) 2019 sudah memberikan ulasan dan kami teruja untuk menawarkan telefon yang mesti dimiliki kepada pengguna di seluruh dunia,” katanya pada majlis pelancaran global HONOR View20 di Teater Selle Pleyel sebentar tadi.

Kamera utama View20 adalah telefon pintar pertama yang menggunakan SONY IMX586 48MP dengan sensor CMOS bagi menghasilkan imej berkualiti.

Penggunaan pemproses 7nm Kirin 980 turut menyokong teknologi Kecerdasan Buatan (AI) terhadap kamera utama sekali gus menghasilkan imej yang lebih terperinci dan struktur warna lebih jelas.

Pada belakang peranti ini pula, HONOR View20 menjadi telefon pintar pertama di dunia menggunakan teknologi ‘nanolithography’ bagi menghasilkan tekstur nano. Hasilkan anda akan melihat jalur kilauan V di belakangnya.

Pada majlis itu, dua varian diperkenalkan iaitu HONOR View20 yang mempunyai spesifikasi memori 6GB dan storan 128GB. Bagi model ini, harga ditawarkan adalah RM1,999 dan pengguna mempunyai dua pilihan warna iaity Midnight Black dan Sapphire Blue.

Untuk varian kedua, telefon pintar itu akan dikuasakan dengan memori 8GB dan storan 256GB manakala warna pilihan adalah Phantom Blue versi rekaan Moschino.

Harga untuk varian ini adalah RM2,499 memandangkan kapasiti storan dan memori lebih tinggi.

Sementara itu, jam tangan pintar Magic dan alat kecergasan Band 4 keluaran HONOR turut diperkenalkan pada majlis yang sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: