90.jpg

Bila sebut tentang Pulau Boracay di Filipina, tentu ramai yang dapat membayangkan betapa cantik laut dan pasir putih di sana. Tapi sayangnya sekadar dapat bayangkan sahaja belum tentu dapat pergi sendiri atas pelbagai kekangan.

Berikut kami kongsikan tips penting bagaimana anda boleh bercuti di Pulau Boracay dengan gembira tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak.

1. Terlebih dahulu kena tahu ini dulu. Cara sebutan yang betul untuk Boracay adalah Borakai. Jangan salah sebut pula bila dah ada kat sana nanti cepat-cepat mereka tolong betulkan. Hehe.

91.jpg

2. Pulau Boracay merupakan sebuah pulau yang agak besar dan takkan mampu untuk menapak keliling pulau. Semuanya perlu menaiki kenderaan yang disediakan. Untuk kawasan pelancongan, ianya dibahagikan kepada 3 station.

– Station 1: Hotel mewah yang mempunyai pantai persendirian.
– Station 2: Hotel sederhana mewah
– Station 3: Hotel bajet dan backpaker

Jadi kalau nak berjimat carilah station ke-3 tu. Hehe!

3. Pengangkutan yang paling murah ketika di Boracay adalah tuk-tuk. Jadi kalau nak naik tuk-tuk tu, tahan sahaja yang lalu di tepi jalan. Biasanya tambang yang dikenakan cuma 100 Peso (lebih kurang RM10). Untuk transit van dan bot daripada Kalibo ke Boracay, anda tak perlu booking online.

Sebaik saja mendarat dan turun dari kapal terbang, boleh terus ke kaunter van dan kereta yang banyak terdapat di luar lapangan terbang. Malahan mereka akan memanggil dan tawarkan harga untuk anda. Biasanya harga yang ditawarkan adalah 250 Peso (RM25) untuk tambang van dan bot, perjalanan sehala.

4. Anda dapat bezakan pantai di Station 1, Station 2 dan Station 3 melalui pasirnya. Pasir di Station 1 sangat lembut, manakala di Station 3 agak kasar. Suka pemandangan matahari terbenam? Aha! Bersedialah seawal jam 5 petang untuk anda rakamkan pemandangan yang indah di Boracay!

92.jpg

5. Pelbagai aktiviti menarik dapat anda buat ketika di Boracay. Jadi pastikan anda bawa Goggle siap-siap kerana banyak aktiviti air di Boracay yang buat anda menyesal kalau tak bawa Goggle untuk menikmati dunia bawah air yang sangat cantik memandangkan air di Boracay sangatlah jernih.

6. Bila membeli belah di Boracay anda boleh tawar menawar sama seperti di Malaysia. Maka gunakanlah segala skill dan kemahiran yang ada untuk dapatkan harga terbaik. Ada 2 lokasi membeli belah popular di Boracay iaitu di D’Talipapa dan di D’Mall. Harga barang di D’Talipapa lebih murah, anyway! 🙂

93.jpg

7. Pasitkan anda bawa duit secukupnya dalam matawang Peso dan boleh juga buat back up dengan duit US Dollar. Di Boracay agak sukar untuk tukar duit Ringgit. Bersedia dari awal agar percutian anda kekal menyeronokkan dan tak huru-hara.

8. Sebaiknya elakkan dari ambil pakej aktiviti melalui ejen yang akan memanggil dan mendekati anda sambil tawarkan pakej aktiviti mereka ketika di Boracay. Senaraikan apa aktiviti yang anda mahu lakukan dan terus tempah di kaunter operator aktiviti tersebut. Lebih jimat dan selamat.

94.jpg

9. Suasana malam di Boracay tak pernah sunyi terutamanya di Station 2. Anda boleh jalan-jalan sekitar hotel penginapan dan pantai untuk lihat pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Antaranya live band, pertunjukan tarian api oleh artis jalanan, shopping di D’Talipapa & D’Mall, duduk minum-minum sambil lihat ragam manusia atau paling tidak cukup sekadar lepak di tepi pantai sambil menikmati desiran ombak dan angin yang bertiup nyaman. Fuhhh!!

95.jpg

10. Antara aktiviti terkenal dikalangan pelancong yang tidak wajar untuk anda lepaskan adalah mencuba aktiviti Cliff Jumping atau melompat dari tebing di Ariel Point. Malah anda boleh memilih ketinggian yang anda mahukan. Ini pastinya menjadi satu titik dan sejarah manis sepanjang hayat anda.

Apapun kepada yang ingin bercuti ke mana sahaja destinasi di dunia ini, hati-hati dan semoga percutian anda memberikan kenangan yang manis sepanjang hayat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.