Adakah ini reka bentuk iPhone 2019?

09.jpg

SETIAP tahun, Apple biasanya akan membuat perancangan untuk melancarkan model terbaharu iPhone pada bulan September.

Untuk tahun ini, terdapat banyak ura-ura yang mengatakan bahawa Apple akan mengeluarkan model baharu iPhone dengan memasukkan keupayaan tiga kamera belakang.

Menurut laporan CompareRaja.In, prototaip untuk iPhone XI dan iPhone XI Max (ini label yang mungkin digunakan Apple untuk model terbaharu tahun 2019) kini di peringkat akhir dan mula tersebar di seluruh dunia.

Berdasarkan maklumat yang terbocor di internet, iPhone 2019 bakal mengekalkan reka bentuk depannya dan akan mempunyai sudut yang lebih kecil dan sedikit nipis.

Perbezaan terbesar dalam iPhone terbaharu ini ialah tiga lensa kamera di belakang dengan sensor serta lampu flash di sekitar lensa tengah berkenaan.

Malah ia dilengkapi mikrofon di bawah kamera pusat yang terletak di tengah.

Lampu flash biasa di bahagian bawah lensa turut dikekalkan.

Kebocoran maklumat mengenai prototaip iPhone XI dan iPhone XI Max ini dianggap tepat tetapi masih dalam peringkat EVT (Ujian Pengesahan Kejuruteraan) yang bakal disahkan selepas ujian ini selesai.

Namun, semua ini masih ura-ura sahaja.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Apple seawal Mac nanti!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: