67

Teringin menikmati suasana yang berbeza daripada yang telah puas dirasai di kota pada cuti akan datang? Apa kata kalau anda sekeluarga ke Kuala Selangor, kedudukannya dari bandar pun tidaklah berapa jauh untuk ditempuhi.

Walaupun bukanlah destinasi percutian yang terkenal di negara ini, kata orang tak kenal, maka tak cinta, sangat sesuai dikenakan dengan daerah ini kerana ia sebenarnya merupakan sebuah permata yang tersorok daripada pandangan ramai.

Tarikan-tarikan yang ditawarkannya boleh terbawa-bawa ke mimpi, dari keindahan cahaya kelip-kelip hinggalah kepada fenomena refleksi pada lautan, banyak lagi tarikan lain yang masih ramai tak tahu wujud di Kuala Selangor.

Nak tahu dimanakah lokasi-lokasi wajib dijejaki di Kuala Selangor ini? Teruskan membaca senarai 15 tempat menarik di Kuala Selangor yang telah kami senaraikan ini.

1. Kelip-Kelip Kg. Kuantan

68.jpg

Ingin merasa hidup di dalam dunia magikal dikelilingi oleh bintang berkerdipan? Anda sekeluarga dapat menikmatinya dengan menaiki bot menyusuri Sungai Selangor. Walaupun bukanlah bintang sebenar tetapi cahaya kecil yang dihasilkan oleh kelip-kelip ini tidak ubah seperti cahaya bintang yang jauh dari mata. Pengalaman melihat Kelip-Kelip Kg. Kuantan ini sungguh mengujakan tapi tidak bermakna anda boleh bergambar kerana takut nanti menyorok pula si kelip-kelip disebabkan cahaya ‘seram’ flash anda.

Nak tahu satu perkara yang menarik tentang kelip-kelip? Sebenarnya, cahaya yang dilihat pada badan kelip-kelip ini terhasil daripada cecair nektar pokok Berembang yang merupakan tempat pembiakan serangga yang mengujakan ini.

Namun sedihnya, kelip-kelip dikatakan makin diancam oleh kepupusan, oleh sebab itu, masyarakat tempatan tidak memasang lampu di kawasan sekitar pembiakannya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.45pm – 10.30pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM4 | Kanak-kanak & Warga Emas RM2

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai

2. Pantai Remis Sungai Sembilang

69.jpg

Andainya anda merindukan ketenangan, Pantai Remis Sungai Sembilang adalah pengubatnya. Di sini anda boleh bersantai bersama keluarga di bawah pokok-pokok Rhu ataupun pada bangku yang disediakan untuk menikmati pemandangan yang mengujakan cahaya mentari dan air laut yang tenang.

Sambil berehat-rehat di sini, anda boleh merasai makanan yang yang banyak di jual di gerai-gerai yang terdapat di sekitar, contohnya seperti sotong, kerang rebus, ikan bakar, mee jawa dan banyak lagi.

Anak-anak pula boleh menggunakan waktu yang ada dengan bermain layang-layang sepuas hati kerana di sini juga terdapat beberapa peniaga yang menjual layang-layang yang penuh warna-warni.

Mengenai fasiliti di pantai ini pula, Pantai Remis Sungai Sembilang menyediakan kemudahan seperti surau, tempat meletak kereta yang luas, bilik mandi, tandas dan medan selera.

Alamat: Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

3. Taman Alam Kuala Selangor

70.jpg

Taman Alam Kuala Selangor adalah sebuah tarikan alam semula jadi paya bakau yang cukup menyeronokkan untuk diteroka. Taman ini menyediakan laluan berkepanjangan 3.6 km untuk anda selusuri sambil menikmati oksigen yang segar.

Bagi peminat aktiviti memerhatikan burung, taman ini turut menyediakan menara tinjau untuk memudahkan anda melakukan aktiviti ini sepuas hati di samping melihat keindahan kawasan paya nipah yang berbentuk seperti hati ini.

Antara spesies burung yang boleh dilihat di sini adalah burung pekaka, ketitir, serandau, helang bahu hitam, burung bakau, dan banyak lagi. Jenis-jenis burung yang berhijrah ke sini dari luar pada setiap tahun pula adalah warbler, arctic shrike, reat eagle, purple heron dan macam-macam lagi. Dikatakan 50 daripada 150 spesies burung yang terdapat di sini datang daripada kawasan seperti Rusia dan Siberia.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah mengutip siput, melihat monyet, kera dan lotong serta memerhatikan burung-burung yang diancam kepupusan di dalam sangkar besi bersaiz gergasi yang terdapat di sini.

Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000

4. Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor

71.jpg

Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor adalah pasar yang boleh dikatakan wajib dilawati penduduk kota sekali dalam sebulan untuk memenuhkan peti ais di rumah. Di sinilah anda dapat membeli dengan sebanyak mana pelbagai hasil laut yang segarnya bukan kepalang, dan murahnya juga bukan main.

Alang-alang dah datang ke sini dari jauh, bawalah cooler box yang besar untuk memuatkan semua yang dibeli. Teringin nak buat sup ketam atau sambal udang yang cukup terasa kesegarannya, inilah lokasi untuk anda mendapatkan hasil-hasil yang baru keluar dari laut.

Alamat: Pasir Penambang, Kuala Selangor

5. Batu Hampar

72.jpg

Salah satu tarikan yang ada di Bukit Melawati ini adalah Batu Hampar yang terletak pada bahagian pintu masuk Kota Melawati. Al-kisahnya, pada suatu ketika dahulu, Sultan Selangor telah menggunakan batu ini sebagai tempat untuk menjatuhkan hukuman pancung kepada pesalah. Meremang pula bulu roma mendengarnya.

Tapi ada yang mengatakan perkara ini adalah tidak benar kerana batu ini dipercayai hanyalah digunakan sekali untuk tujuan ini iaitu ketika menjatuhkan hukuman kepada seorang gadis istana yang dikatakan telah melakukan perbuatan yang tidak elok.

Walaupun diulit dengan perkara yang menggerunkan, kawasan sekitar Batu Hampar ini kelihatan cukup unik dan menarik hati ramai pasangan untuk mengambil gambar pra-perkahwinan.

Alamat: Pintu Masuk Kota Melawati

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.