46

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highland, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan 28 tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti.

1. Taman Rama-Rama Kea Farm

Taman Rama–Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Kalau anda ingin belajar sedikit tentang kehidupan semulajadi rama-rama atau melihat spesis rama-rama beraneka jenis.

Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda semasa anda berada di sana nanti.

Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm) | Sabtu – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland

2. MARDI Agrotechnology Park

48.jpg

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8.00 am – 5.00 pm) | Selasa Tutup | Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup Pada Aidilfitri & Aidiladha) (8.00 am – 5.00pm)

Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

3. Muzium Time Tunnel

49.jpg

Muzium ini dibuka oleh seorang penduduk tempatan bernama See Kok Shan dan merupakan koleksi peribadinya. Di dalam terdapat sebenyak 1740 barang bersejarah yang dipameran.

Muzium Time Tunnel ini dijadikan tempat menyimpan memori dan sejarah Cameron Highland dari zaman perintahan British hinggalah ke zaman sekarang. Antara pameran yang menarik di sini adalah barang ketinggalan kerajaan British, baju kaum peranakan, dapur antik yang penuh dengan hiasan lama, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama.

Muzium ini boleh di jumpai di Brinchang dan ia berkonsi tempat dengan Kok lim Strawberry Farm.

Bayaran Masuk: Dewasa RM6 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.

4. 5D Art Muzium

50.jpg

Baru-baru ini terdapat sebuah kompleks membeli belah baru sahaja dibuka bernama Cameron Square. Apabila dibandingkan dengan shopping kompleks yang lain ia unik sedikit kerana didalam bangunan ini terkandung sebuah muzium yang luar biasa.

5D Art Muzium ini terletak di tingkat 2, dan ia merupakan pameran lukisan 5D beraneka tema. Jika anda seorang peminat setia selfie pastikan anda datang ke sini untuk bergambar sebentar.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM20

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)

Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland

5. Cactus Valley

51.jpg

Bukan selalu kita dapat melihat sebuah taman penuh dengan pokok kaktus betul? tapi di Cactus Valley anda dapat berjalan di taman yang dihias penuh dengan beraneka jenis pokok kaktus.

Jika anda berada di pekan Brinchang anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke Cactus Valley. Selain daripada melihat pokok kaktus, jika anda berminat, anda juga boleh membeli satu pokok kaktus untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM4 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)

Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.