5 Tempat Menarik Di Kuching Wajib Dilawati

82

Daerah pertama yang wajib dilawati jika ke Sarawak tentunya Kuching yang merupakan ibu kota bagi negeri Sarawak.

Sehingga tahun 2015, Sarawak mempunyai dua belas bahagian, termasuk Kuching. Sebelum ke lain-lain bahagian, eloklah kiranya anda menjelajah dulu ibu negerinya iaitu Kuching yang mempunyai banyak lokasi pilihan menarik hati untuk dilawati.

Mari kita lihat apa yang menarik di Kuching.

1. KUCHING WATERFRONT

Kuching Waterfront didirikan sepanjang 1 km di pinggir Sungai Sarawak. Pelbagai daya tarikan boleh dilihat dengan menaiki bot atau water cruise.Hayati keunikan senibina bangunan Parlimen Sarawak dan Astana yang merupakan sebuah istana bersejarah peninggalan Charles Brooke.

Bot Penambang iaitu bot tradisional yang menjadi pengangkutan sejak zaman dahulu yang wajib anda cuba. Bot donat dan water cruise juga tentunya menarik.

Untuk membawa pulang buah tangan, kunjungi kedai kraftangan dan cenderamata tidak jauh dari Waterfront. Pada malam hari pula, terdapat pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Mercu kucing yang terkenal itu juga terdapat di sini.

84.jpg

85.jpg

86.jpg

2. KAMPUNG MELAYU (BOYAN, GERSIK, SOURABAYA)

Kek Lapis dan Sarawak tidak dapat dipisahkan. Lokasi popular di Kuching untuk kek lapis ialah perkampungan Melayu yang terdapat di seberang sungai Kuching Waterfront. Anda perlu menaiki bot penambang untuk ke sana.

Terdapat tiga buah kampung utama iaitu Kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya. Terdapat beberapa kedai menjual kek lapis, tetapi yang paling popular di kalangan pelancong ialah Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House dan Kek Lapis Zaharah. Kesemuanya dikatakan sedap belaka.

Anda boleh mencuba dulu sebelum beli. Terdapat lebih daripada 30 jenis kek lapis. Boleh buat rambang mata untuk membeli. Satu lagi makanan utama Sarawak ialah ikan terubok masin dan menjadi kemestian untuk pelancong dari Semenanjung bawa pulang.

87.jpg

3. KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Hayati keindahan senibina rumah tujuh suku kaum utama negeri Sarawak seperti rumah Melayu, Bidayuh, Penan, Orang Ulu, Iban, Melanau dan lain-lain. Pelbagai aktiviti kebudayaan diadakan di sini terutama apabila menerima kunjungan pelancong yang ramai.

Ia diibaratkan seperti muzium hidup yang mempamerkan pelbagai seni budaya Sarawak dari pelbagai aspek seperti pakaian, makanan, tarian dan muzik. Semua ini dipersembahkan sendiri secara ‘live’ kepada para pelancong oleh anak jati negeri Sarawak sendiri.

Facebook : https://www.facebook.com/SarawakCulturalVillageOFFICIAL

Waktu Buka : 9.00 pagi – 4.00 petang
Waktu Aktiviti : 9.00 pagi – 11.00 pagi & 2.00 petang – 3.30 petang
Waktu Persembahan : 11.30 pagi – 12.15 t/hari & 4.00 petang – 4.45 petang

88.jpg

89.jpg

90.jpg

4. TAMAN NEGARA BAKO

Terletak kira-kira 40km dari bandar Kuching, taman negara yang eksotik ini menyimpan keindahan pulau dan pantai yang tiada tandingannya. Saksikan formasi batuan gergasi unik yang terbentuk sejak jutaan tahun yang lalu.

Untuk sampai ke taman negara ini, anda perlu menaiki bot antara 30 dan 40 minit. Terdapat beberapa laluan menarik yang boleh dilalui bergantung kepada jenis pengembaraan yang anda sukai. Ada laluan yang membawa anda meredah hutan sehingga sampai ke puncak, laluan melihat hidupan liar dan laluan menuju ke pantai.

Bagi yang ingin menginap, ada resort disediakan. Pelancong boleh datang melalui agen pelancongan atau datang sendiri tanpa pemandu pelancong.

Laman Web : http://www.bakonationalpark.com/

Waktu Lawatan : Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

*Tutup pada hari Sabtu & Ahad

Bayaran Masuk : RM10.00

Bayaran Bot : Sekitar RM80 – RM100

91.jpg

92.jpg

93.jpg

5. KAMPUNG ANNAH RAIS

Terletak kira-kira 60 km dari bandar Kuching, Kampung Annah Rais merupakan perkampungan rumah panjang masyarakat Bidayuh. Pelancong boleh melihat keunikan cara hidup masyarakat Bidayuh, serta menghayati kreativiti mereka dalam kesenian kraftangan dan budaya.

Terdapat rumah inap desa disediakan bagi mereka yang ingin bermalam. Di sini juga terdapat kolam mandian panas semulajadi bersebelahan air sungai yang sejuk.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: