23

NAIK TURUN harga minyak sentiasa menjadi perhatian ramai dan juga dijadikan isu oleh ahli politik.

Bagaimanapun, kita mempunyai alternatif lain sebagai pengangkutan, sama ada guna kenderaan elektrik ataupun guna pengangkutan awam.

Industri percetakan 3D pula boleh membantu kejuruteraan dalam pembinaan kenderaan yang tidak menggunakan petrol.

Kemampuan teknologi percetakan 3D semakin menarik dengan pengenalan sebuah motosikal yang dibina sepenuhnya menggunakan teknologi itu.

Dibina oleh NOWLAB di bawah syarikat gergasi percetakan 3D, BigRep yang berpangkalan di Berlin, Jerman, NERA merupakan motosikal elektrik yang berfungsi sepenuhnya.

24.jpg

Malangnya motosikal dengan reka bentuk futuristik itu bukan untuk dijual, tetapi hanya sebuah protaip untuk membuktikan kemampuan sebenar industri kejuruteraan dalam bidang percetakan 3D.

Pembangunan NERA mencabar batas kreativiti kejuruteraan dan membentuk semula teknologi pembuatan bahan tambahan (Additive Manufacturing).

Semua 15 bahagian NERA dicetak dengan mesin cetak 3D termasuk tayar, rim dan rangkanya kecuali komponen elektrik.

 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.