TAS 2019 – BARISAN KERETA COMEL DARIPADA DAIHATSU

30

Selain daripada kereta sports kecil Daihatsu Copen yang pernah kami paparkan beberapa hari yang lalu, Daihatsu juga bakal mempamerkan empat buah konsep yang rata-rata membawakan imej yang comel.

Mira Tocot Sporza

Sekiranya anda hadir daripada zaman kegemilangan kei-car suatu ketika dahulu, Mira Tocot Sporza ini bakal mengembalikan ingatan anda.

Hot hatch kecil ini diwarnakan dengan warna dua tona merah hitam, serta menampilkan tulisan Tocot Sporza pada bahagian sisi – konsep ini seakan mengingatkan penulis kepada zaman Mira TR-XX dan Daihatsu Charade DeTomaso.

Mira Tocot Active

31.jpg

Ia dikhaskan untuk golongan urban yang aktif, tampil dengan rekaan retro yang ringkas dan astetik seperti penggunaan warna biru cair, pemegang pintu hitam dan rim besi berwarna krim.

Move Canbus

32.jpg

Mengambil inspirasi daripada watak maya yang kian popular di Jepun, iaitu Hatsune Miku, pengaruh watak ini boleh dilihat pada pemilihan warna dua tona biru dan putih pada bahagian luaran Move Canbus.

Hijet Marche

33.jpg

Trak makanan daripada Daihatsu ini menggunakan contoh daripada VW Bus versi trak, di mana ia hadir dengan kemasan cat dua tona, rim besi dengan penutup rim yang klasik, dan juga elemen krom.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: